Tun Arifin Zakaria Ketuai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, 19 Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 ini telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Selain Arifin, Bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Samsudin Osman, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Norian Mai dan bekas Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin turut dipilih menganggotai jawatankuasa tersebut.

Empat ahli parlimen kerajaan yang dipilih menganggotai jawatankuasa ini terdiri dari Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar, Tan Sri Noh Omar, Ahli Parlimen Batang Lupar Datuk Sri Rohani Abdul Karim, Ahli Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd. Dun dan Ahli Parlimen Pasir Puteh Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh.

“Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 yang ditubuhkan di bawah Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 berperanan untuk menasihati KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengenai kewujudan berterusan darurat besar di Malaysia dan penamatannya.

“Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri berperanan sebagai urus setia jawatankuasa ini,” kata

Pejabat Perdana Menteri hari ini, mengumumkan pelantikan Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 selepas diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dalam satu kenyataan media, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 itu ditubuhkan mengikut Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

“Jawatankuasa itu berperanan menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai kewujudan berterusan darurat besar di Malaysia dan penamatannya.

“Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) berperanan sebagai urus setia jawatankuasa ini,” katanya.

1. Tun Arifin Zakaria, bekas Ketua Hakim Negara – Pengerusi

2. Tan Sri Samsudin Osman, bekas Ketua Setiausaha Negara

3. Tan Sri Norian Mai, bekas Ketua Polis Negara

4. Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin, bekas Panglima Angkatan Tentera

5. Prof. Tan Sri Dr. Mohamad Taha Arif, bekas Ketua Pengarah Kesihatan

6. Tan Sri Dr. Yahya Awang, pakar bedah jantung

7. Tan Sri Ter Leong Yap, Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia

8. Tan Sri Dr. R. Palan, Pro-Canselor Universiti Cyberjaya

9. Dato’ Setia Sallehuddin Saidin, bekas Timbalan Pendakwaraya Pejabat Peguam Negara

10. Prof. Madya Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis

11. Prof. Datu Dr. Andrew Kiyu Dawi anak Usop, pakar kesihatan awam

12. Tan Sri Sukarti Wakiman, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

13. Tan Sri Noh Omar, Ahli Parlimen Tanjung Karang

14. YB Datuk Sri Rohani Abdul Karim, Ahli Parlimen Batang Lupar

15. YB Datuk Azizah Mohd. Dun, Ahli Parlimen Beaufort

16. YB Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh, Ahli Parlimen Pasir Puteh

17. YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu

18. YB Anthony Loke Siew Fook, Ahli Parlimen Seremban

19. YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor

Mana jawatankuasa bebas darurat, soal Lim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker