Tiada krisis dalam Umno selepas gugur Tajuddin – Mahdzir

Tiada krisis dalam Umno selepas gugur Tajuddin – Mahdzir

Pengguguran Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman daripada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno tidak menggambarkan wujudnya krisis dalaman parti itu.

Naib presidennya, Mahdzir Khalid, berkata Umno tidak menghadapi sebarang krisis dalaman ketika ini dan menafikan wujudnya puak tertentu di dalam parti itu.

“Tidak ada apa-apa krisis. Kalau nak krisis, ia akan jadi puak. Jadi pasukan, itu barulah krisis. Ini tidak jadi puak apa-apa pun,” katanya selepas menyampaikan skrol diploma dan sijil kepada 648 graduan Kolej Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Khamis lalu, MKT Umno mengumumkan Tajuddin digugurkan daripada ahli MT menerusi satu surat bertarikh 21 Jun.

Jawatan tersebut telah diganti bekas ketua penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil, yang mengangkat sumpah, pada Jumaat.

Susulan itu, pelbagai spekulasi timbul termasuk mengaitkan wujudnya perpecahan dalam kalangan pucuk pimpinan Umno.

Semalam, menurut laporan akhbar harian China Press, sumber parti mengesahkan ketidakhadiran Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, dalam mesyuarat MT itu.

Laporan itu berkata, penyingkiran Tajuddin yang sealiran dengan Ismail, daripada MT Umno juga menjadi spekulasi sebagai punca Ismail tidak menghadiri mesyuarat itu.

Beberapa pemimpin parti, berkata ketiadaan Ismail boleh dilihat sebagai beliau membuat pendirian berhubung urusan Tajuddin, dan boleh ditafsirkan sebagai menunjukkan bahawa ‘perang sudah bermula’. FMT

Tiada krisis dalam Umno selepas gugur Tajuddin – Mahdzir


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor bidas pemimpin DAP hasut rakyat berdemo

Stress Tengok Cara Peniaga Di Thailand Kupas Durian (Video)

Hadi buat pusingan U, mahu PRU-15 dijalankan segera

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker