PRN Johor: PKR vs MUDA, Amanah akan sokong kawan lama

Parti Amanah berharap Muda dan PKR terus mencari jalan sebaik mungkin bagi mengelak pertindihan kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi menghadapi BN dan Perikatan Nasional (PN).

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad, berkata Amanah akan menyokong rakan sekutu mereka dalam Pakatan Harapan (PH), PKR di kerusi yang menyaksikan pertembungan antara Muda dan PKR.

“Kami dimaklumkan, oleh kerana gagal mencapai kata sepakat, maka akan ada pertindihan antara PKR dan Muda di kerusi tertentu. Kami mengharapkan mereka akan terus berunding untuk mencari jalan serta formula terbaik hingga ke saat akhir.



“Amat malang seandainya berlaku juga pertindihan kerusi ini kerana PH telah membentuk satu kerjasama dengan Muda sejak awal. Situasi ini hanya akan menguntungkan BN dan PN di kerusi berkenaan.

“Namun, demikian Amanah terpaksa membuat pendirian untuk menghadapi kemungkinan ini. Bagi Amanah, PKR adalah rakan gabungan. Oleh itu di mana berlakunya pertindihan antara PKR dan Muda di kerusi yang telah diamanahkan kepada PKR, Amanah akan menyokong calon PKR,” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk rekod, Muda akan bertembung dengan PKR bagi merebut kerusi DUN Larkin.

Ketua Penerangan Muda Johor Rasid Abu Bakar akan menjadi pertaruhan parti itu untuk kerusi tersebut.



PKR pula menamakan Zamil Najwah Arbain sebagai calon mereka.

Semalam, beberapa pemimpin PKR menggesa supaya parti itu membatalkan kerjasama dengan Muda yang disifatkan tidak menghormati semangat setiakawan PH.

Khalid berkata kerjasama pembangkang perlu terus diperkukuhkan bagi menyekat kemaraan “kluster mahkamah” dan “perompak kleptokrat”.

“Kalau pertindihan tidak dapat dielak di kerusi-kerusi tertentu, biarlah pertindihan dan persaingan antara parti-parti pembangkang dihadkan kepada kerusi-kerusi tersebut sahaja.



“Sambil semangat kerjasama antara pembangkang kekal dipertahankan di kerusi-kerusi selainnya, demi mendukung matlamat yang sama untuk menafikan kemenangan kepada Umno-BN serta menghalang kembalinya kepimpinan yang mendukungi ‘kluster mahkamah’ serta ‘perompak-pencuri-kleptokrat’,” katanya.

PRN Johor: PKR vs MUDA, Amanah akan sokong kawan lama


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Hibah Tabung Haji Mengecewakan, Tiada Lagi Agenda Memperkasa Ekonomi Ummah – Najib Razak

Mahathir disenarai pemimpin no. 6 terkaya di dunia dengan kekayaan RM188 billion



Kenyataan Media BNM amat mengejutkan Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker