PAS asal dari UMNO, masih ada ruang kerjasama dengan UMNO – Hadi

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata, partinya tidak pernah menutup ruang kerjasama dengan Umno walaupun terdapat perbezaan pandangan antara dua parti itu.

“PAS juga bukan kali pertama (bekerjasama) dengan Umno, masa nak Merdeka kita pernah bekerjasama, kita terima konsep Islam agama negara dalam Perlembagaan,” katanya menurut laporan Harian Metro.

 

Ahli Parlimen Marang itu berkata, PAS tidak bermusuh dengan mana-mana parti dan menyertai pilihan raya secara demokratik.



“Kita kerjasama dengan orang yang boleh kita kerjasama (iaitu) kerjasama yang adil, kerjasama yang baik dan tema kita ialah memilih wakil rakyat yang bersih daripada rasuah dan salah laku.

“Kita mengajak kepada perpaduan ummah dan berharap begitu (kerjasama PAS dan Umno) berlarutan sehingga PRU (pilihan raya umum).

“Kalau berlaku lain (sebaliknya), ada tindakan lain,” katanya.


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hibah Tabung Haji Mengecewakan, Tiada Lagi Agenda Memperkasa Ekonomi Ummah – Najib Razak

Mahathir disenarai pemimpin no. 6 terkaya di dunia dengan kekayaan RM188 billion



Kenyataan Media BNM amat mengejutkan Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker