Perkhidmatan Rangkaian 3G Dijangka Ditutup Sepenuhnya Bulan Depan-SKMM

Perkhidmatan Rangkaian 3G Dijangka Ditutup Sepenuhnya Bulan Depan-SKMM

Perkhidmatan liputan 4G di negara ini akan ditambah baik dalam memastikan mutu perkhidmatan rangkaian itu mampu memuaskan hati pelanggan.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek ia berikutan rangkaian 3G telah mula ditamatkan secara berperingkat sejak tahun lalu.

“Penutupan rangkaian 3G diputuskan menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) kerana jumlah infrastruktur dan tahap spektrum yang menyokong 4G adalah tinggi.

“Ia juga disebabkan kecenderungan pengguna akhir ketika ini lebih menjurus ke arah penggunaan data berbanding panggilan suara. Kita perlu akui bahawa di peringkat awal terdapat cabaran disebabkan penutupan 3G,” jelasnya kepada media hari ini.

Tambahnya lagi pihak SKMM telah menerima hampir 300,000 aduan membabitkan mutu liputan 4G tahun lalu gara-gara kegagalan dan ketidakpuasan hati.

Justeru jelasnya, pihaknya akan terus memberi tumpuan untuk memacu dan menambah baik 4G bagi memastikan liputan lebih meluas kepada pelanggan.

Dalam Laporan JENDELA Suku Keempat 2021, sejumlah 79 peratus atau 1.66 juta daripada 2.1 juta pelanggan 3G sudah beralih ke perkhidmatan 4G, manakala sejumlah 80 peratus atau 203,374 daripada 253,860 rangkaian 3G sudah ditutup setakat tahun lalu.

Manakala baki jumlah rangkaian 3G yang masih ada iaitu 50,486 (20 peratus) pula dijangka akan ditutup sepenuhnya menjelang hujung bulan depan.

Kelewatan penutupan tersebut disebabkan isu banjir dan monsun yang berlaku baru-baru ini.-AA

Perkhidmatan Rangkaian 3G Dijangka Ditutup Sepenuhnya Bulan Depan-SKMM

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker