Perdana Menteri Ulangi Beri Jaminan Sektor Ekonomi Dan Industri Tidak Akan Ditutup

Perdana Menteri Ulangi Beri Jaminan Sektor Ekonomi Dan Industri Tidak Akan Ditutup

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini sekali lagi memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menutup sektor ekonomi dan industri walaupun kes COVID-19 harian yang direkodkan di Malaysia kini masih tinggi.

Perdana Menteri berkata rakyat Malaysia perlu untuk hidup bersama COVID-19 selepas dua tahun melawan penularan virus itu.



“Walaupun kes COVID-19 meningkat mencecah 30,000 kes, kes (COVID-19) berada dalam kategori empat dan lima adalah kurang daripada satu peratus.

“Kita tidak akan menutup sektor ekonomi… sebaik sahaja kita dah buka, kita akan buka seterusnya,” katanya pada majlis perjumpaan bersama Keluarga Malaysia yang dihadiri kira-kira 100 rakyat Malaysia termasuk pelajar di sebuah hotel di sini hari ini.

Hadir sama ialah Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Duta Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel.



Ismail Sabri berkata kadar vaksinasi yang tinggi juga akan membolehkan Malaysia membuka semula sempadan antarabangsanya tidak lama lagi.

“Kita akan buka sempadan tidak lama lagi. Sekarang kita dalam proses menyakinkan rakyat kita bahawa jangkitan luar tidak boleh membahayakan. Rakyat Malaysia yang sudah lama tidak balik, bolehlah balik. Kita akan umumkan bila kita akan buka (sempadan),” katanya.

Perdana Menteri berkata kini Malaysia telah mewujudkan Laluan Perjalanan Vaksinasi Darat (VTL) dengan Singapura, manakala VTL antara Malaysia-Brunei dijangka bermula Mac 1, dan Malaysia-Indonesia dijangka tidak lama lagi.

“Bagi Thailand, kita akan mewujudkan VTL…. Kalau boleh (wujudkan VTL), kita boleh buka (sempdan) segera,” kata Ismail Sabri yang tiba di Bangkok semalam untuk lawatan rasmi tiga hari atas jemputan Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha.



Dianggarkan 5,000 hingga 6,000 rakyat Malaysia sama ada yang belajar atau bekerja di Bangkok, namun hanya 1,018 rakyat Malaysia termasuk 40 pelajar melanjutkan pengajian di universiti-universiti di sekitar sini yang berdaftar secara rasmi dengan pihak kedutaan.

Sehubungan itu, Jojie menggalakkan semua rakyat Malaysia yang berada di Thailand untuk mendaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok ataupun Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.-AA

Perdana Menteri Ulangi Beri Jaminan Sektor Ekonomi Dan Industri Tidak Akan Ditutup



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker