Penunggang motosikal tahan lelaki miliki pistol

Papar: Tindakan pantas seorang penunggang motosikal berjaya menahan seorang lelaki selepas didapati memiliki sepucuk pistol, di sini, hari ini.

Kejadian yang berlaku 8.30 pagi itu turut mendapat perhatian umum selepas tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew Ak Umpit ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek berusia 30-an terbabit.

Katanya, suspek berjaya ditahan hasil bantuan orang awam sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

“Hasil penahanan lelaki tempatan itu, polis berjaya merampas sepucuk pistol yang berada pemilikannya. “Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenalpasti pemilik sebenar pistol berkenaan,” katanya.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker