Konon Akan Dapat Lahirkan Bayi Lelaki, Bomoh Pakukan Kepala Wanita Hamil

Konon Akan Dapat Lahirkan Bayi Lelaki, Bomoh Pakukan Kepala Wanita Hamil

PIHAK berkuasa Pakistan sedang memburu seorang ‘ahli sihir’ yang menusuk sebatang paku ke kepala seorang wanita hamil sehingga nyaris mencederakan otaknya.

Tindakan pelik bomoh berkenaan adalah satu ritual, kononnya dapat memberi jaminan bahawa wanita hamil itu akan melahirkan bayi lelaki.



Difahamkan, kewujudan bomoh sudah lama wujud dalam fahaman Sufi, dan sudah menjadi kebiasaan di Pakistan walaupun jelas sekali aktiviti tersebut bertentangan dengan Islam.

Di Asia Selatan, seorang anak lelaki dipercayai dapat menawarkan jaminan kewangan yang lebih baik kepada ibu bapa daripada anak perempuan.

Wanita itu tiba di sebuah hospital di bandar barat laut Peshawar selepas cubaannya mengeluarkan sendiri paku itu dengan playar menemui kegagalan, jelas Dr Haider Khan.



Imbasan X-ray menunjukkan paku sepanjang lima sentimeter itu menembusi bahagian atas dahi wanita tersebut.

“Dia sedar sepenuhnya, tetapi mengalami kesakitan yang amat sangat,” jelas Dr Khan, yang mengeluarkan objek itu.

Ibu kepada tiga anak perempuan itu berkata dia mengandung cahaya mata keempat, yang juga seorang bayi perempuan, tambah doktor tersebut.

Wanita itu pada mulanya memberitahu kakitangan hospital bahawa dia sendiri yang memaku kepalanya atas nasihat seorang bomoh, namun tidak lama selepas itu, mangsa mengaku bomoh tersebut yang melakukan perbuatan tersebut. – Metro.co.uk



Konon Akan Dapat Lahirkan Bayi Lelaki, Bomoh Pakukan Kepala Wanita Hamil

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker