Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api

KISAH anak-anak Loh adalah kisah yang menyayat hati. Seorang bapa yang telah insaf atas kesilapan lalu dan kembali ke pangkal jalan dan telah bertemu dengan jalan kebenaran melalui agama Islam bertindak mengislamkan anak-anaknya.

Mereka turut bahagia dalam Islam. Saga ini belum lagi berakhir namun, kesedihan telah pun dirasai. Anak-anak tersebut dikembalikan kepada isteri yang mendapat hak penjagaan yang sah.

Walaupun anak-anak Loh masih di bawah umur, hakikatnya mereka mempunyai hak untuk bebas beragama seperti manusia lain.



Seperti mana mereka diberikan hak untuk memilih pakaian yang hendak dipakai serta makan minum, mengapa apabila isu agama timbul, banyak pihak yang mengambil kesempatan untuk memperjuangkan murtadnya anak-anak ini atas dasar Perlembagaan.

Bukankah Perlembagaan membenarkan kita hidup bebas? Bukankah Perlembagaan meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan? Dan disebabkan ianya agama rasmi Persekutuan ini, mengapa timbul isu apabila anak-anak ini beragama Islam?

Seharusnya dalam negara ini di mana Islam merupakan agama rasmi dan semua agama lain dibenarkan untuk diamalkan dengan sebebas-bebasnya, rakyat yang bukan beragama Islam tidak sepatutnya menunjukkan taring mereka kepada orang Islam dan agama Islam itu sendiri.

Atas semangat Keluarga Malaysia atau Malaysian Malaysia yang mereka seru, seharusnya mereka menghormati pilihan anak-anak itu untuk mendapat hidayah dan berpegang teguh kepda agama Islam.



Isu hak penjagaan anak apabila bercerai dan isu agama anak-anak adalah dua perkara yang berbeza, dan seharusnya ditangani dengan baik bagi menjaga sensitiviti umat Islam serta kedudukan agama Islam dalam Perlembagaan.

Timbalan Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Dr Fatimah Zaharah Rosli


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Rasyad dan Peter ‘trending’ di Twitter

Wanita Ini Menyesal Tak Sudah Dapat ‘Date Dari Neraka’ [VIDEO]



Bercerai selepas sehari berkahwin

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker