Hanya jemaah lengkap vaksin, dos penggalak dibenar solat Jumaat di Selangor

Hanya jemaah lengkap vaksin, dos penggalak dibenar solat Jumaat di Selangor

HANYA jemaah lengkap dua dos vaksin dan dos penggalak dibenarkan hadir menunai solat Jumaat di masjid seluruh Selangor bermula 25 Februari ini.

Ia antara ketetapan terkini diedarkan secara dalaman oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kepada pengurusan masjid, surau dan musolla negeri itu.



Ketetapan surat edaran bertarikh 21 Februari itu menyatakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, berkenan mengekalkan ketetapan solat Jumaat, solat lima waktu dan program pengimarahan yang dikeluarkan JAIS bertarikh 20 Januari lalu.

Bagaimanapun, susulan perkembangan terkini penularan COVID-19 dan kebimbangan baginda akan berlaku situasi lebih buruk dan menjejaskan aktiviti di masjid, surau dan musolla semasa dan selepas mendapat nasihat Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, baginda berkenan agar pentadbir masjid, surau dan musolla di seluruh Selangor mempertingkatkan penguatkuasaan.

Menurutnya, antara perkara yang ditekankan dalam edaran itu adalah hanya jemaah yang menerima vaksin lengkap dua dos dan vaksin penggalak dibenarkan hadir bagi menunaikan solat Jumaat.

“Pentadbir hendaklah mengesahkan status vaksinasi jemaah melalui data dari aplikasi MySejahtera.



“Pihak masjid juga perlu memastikan penandaan kedudukan jemaah dilakukan dengan jelas di ruang dewan solat utama dan ruang limpah masjid, surau dan musolla berdasarkan penjarakan fizikal 1.0 meter.

“Selain itu, jemaah perlu membawa dan menggunakan sejadah bersaiz standard dan kekal
memakai pelitup muka, sepanjang berada di ruang solat,” kata edaran itu lagi.

Pada masa sama, pihak pentadbir juga perlu memastikan vantilasi ruang solat berhawa dingin dengan membuka sebahagian pintu dewan solat utama masjid, surau dan musolla bagi memastikan tidak berlaku kitaran peredaran udara tepu yang memungkinkan penularan lebih mudah berlaku.

“Mereka juga perlu memastikan sanitasi dibuat secara berjadual, khususnya sebelum dan selepas solat atau majlis membabitkan penyertaan jemaah yang ramai,” tambahnya.



Sehingga Ahad lalu, daripada 28,734 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), sejumlah 7,166 kes atau 24.9 peratus membabitkan penularan di Selangor. Utv

Hanya jemaah lengkap vaksin, dos penggalak dibenar solat Jumaat di Selangor


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Rasyad dan Peter ‘trending’ di Twitter

Wanita Ini Menyesal Tak Sudah Dapat ‘Date Dari Neraka’ [VIDEO]



Bercerai selepas sehari berkahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker