27,179 kes baru, 43 lagi korban Covid-19

Sebanyak 27,179 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul meningkat kepada 3,273,958 kes.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan kes aktif kini berjumlah 267,084, meningkat 182.8 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes baru jangkitan wabak berkenaan mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (5,568)

Sabah (4,406)

Pulau Pinang (2,601)

Kedah (2,583)

Johor (2,200)

Kelantan (2,043)

Pahang (1,668)

W.P. Kuala Lumpur (1,355)

Negeri Sembilan (1,157)

Perak (1,025)

Terengganu (782)

Melaka (611)

Sarawak (441)

Perlis (299)

W.P. Labuan (277)

W.P. Putrajaya (163)

Sebanyak 43 lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, di mana 20 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Sepanjang minggu lalu, purata 36 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, manakala purata 18 kematian berlaku dalam tempoh 30 hari lalu, sekali gus menunjukkan kenaikan.

Sabah merekodkan kematian tertinggi iaitu sebanyak 12 kes diikuti Johor (9), Negeri Sembilan (4), Selangor (4), Kedah (3), Kelantan (3), Pulau Pinang (3), Melaka (2), Perak (2) dan Kuala Lumpur (1).

Sebanyak 32,433 kematian akibat Covid-19 dilaporkan sejak permulaan wabak berlaku pada Mac 2020.

Malaysia mencatatkan jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur, dengan 981 kematian bagi setiap satu juta penduduk, dan keempat terburuk di Asia.

Sementara itu, sebanyak 7,574 pesakit Covid-19 dirawat di hospital, dengan 286 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rasyad dan Peter ‘trending’ di Twitter

Wanita Ini Menyesal Tak Sudah Dapat ‘Date Dari Neraka’ [VIDEO]

Bercerai selepas sehari berkahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker