Harga siling bahan binaan mampu kekang ‘Kartel’

KUANTAN: Kerajaan perlu memperkenal dan menguatkuasakan harga siling bagi bahan binaan asas bagi mengawal serta memantau harganya sekali gus mengelak monopoli kartel.

Bahan binaan itu antaranya adalah besi, simen (konkrit), premix, batu baur, batu bata dan kayu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Naib Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Abd. Gapar Lambak berkata, kerajaan perlu bertegas kepada pihak-pihak yang sengaja mengambil kesempatan terutama kartel dan pembekal yang sewenang-wenangnya menaikan harga bahan binaan.

Beliau berkata, kartel memang wujud malah terlalu lama berleluasa, kumpulan ini boleh menaikkan harga bahan-bahan binaan sesuka hati dan kebiasaannya sewaktu projek-projek mula ditawarkan dan sedang rancak dalam pembinaan.

“Biasanya apabila projek kurang, harga bahan binaan akan stabil tetapi bila projek banyak dengan tiba-tiba, harganya akan melambung naik. Alasan diberikan adalah kekurangan bahan-bahan binaan akibat permintaan yang tinggi sama ada tempatan ataupun luar negara.

“Adalah tidak masuk akal ada di antara beberapa bahan binaan utama seperti besi, aluminium, light weightmetal deck dan beberapa bahan lagi mengalami kenaikan harga hampir 100 peratus.

“Dimanakah penguatkuasaan? Alasan kilang-kilang terpaksa menangung kos tinggi kerana tidak dapat memaksimakan pengeluaran akibat kekangan perintah kawalan pergerakan (PKP) sudah tidak boleh digunakan lagi. Sepatutnya pada ketika ini harga bahan binaan telah mencatatkan penurunan harga yang ketara,” katanya di sini semalam.

Kelmarin, Presiden Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM), Ishak Ismail dilaporkan sebagai berkata, kewujudan kartel yang memonopoli komponen bahan binaan untuk sekian lama didakwa menjadi faktor utama mempengaruhi kenaikan harga rumah sehingga menyukarkannya dijual pada kadar mampu milik.

Pada masa ini dianggarkan lebih sejuta isi rumah di negara ini belum memiliki rumah sendiri hanya kerana tidak mampu membeli kediaman kerana tidak banyak pembinaan perumahan kos mampu milik selain pemaju mementingkan pembangunan rumah berkelas tinggi.

Mengulas lanjut, Abd. Gapar berkata, kesan buruk akibat kenaikan harga bahan binaan adalah banyak projek-projek akan terbengkalai dan kontraktor mengalami kerugian yang begitu besar.

“Walaupun kaedah perubahan harga atau variation of price (VOP) dibenarkan terhadap projek-projek kerajaan, ia tidak banyak membantu kerana hanya tiga bahan sahaja terlibat dalam kerja-kerja kejuruteraan awam. Sepatutnya VOP dilaksanakan seperti dahulu iaitu melibatkan 14 bahan binaan terpilh.

“Untuk projek perumahan yang sedang dilaksanakan kesannya akan mengalami proses yang perlahan di tapak yang mengakibatkan pembeli lewat memasuki dan lebih teruk projek akan terbengkalai.

“Bagi projek-projek perumahan yang baru dimulakan, pasti ada pertambahan kos sehingga 30 peratus yang terpaksa ditanggung oleh pembeli,” katanya.

Beliau dalam pada itu berkata, selain penetapan harga siling bahan binaan, kerajaan juga boleh membuka permit import (AP) untuk mengimport bahan-bahan binaan kepada syarikat atau pertubuhan yang berkelayakkan

Harga siling bahan binaan mampu kekang ‘Kartel’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah Kampung di Bota berusia lebih 100 tahun dialih ke Alor Setar

Pesawat MAS Mendarat Sewaktu Taufan Eunice Melanda UK (Video)

Ogy belasah Nazief, viral sehingga ke Rusia (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker