Lelaki Terkejut Temui Katak ‘Zombie’ Tanpa Kepala

Lelaki Terkejut Temui Katak ‘Zombie’ Tanpa Kepala

SEORANG lelaki di Ottawa, Kanada, terkejut selepas melihat seekor katak ‘zombie’ yang tiba-tiba melompat untuk menyelamatkan diri.

Menurut lelaki berusia 32 tahun itu, dia pada awalnya menyangka katak yang ditemui tanpa kepala di tempat kerjanya itu sudah mati



“Saya lihat kepalanya sudah tiada dan lukanya masih berdarah.

“Saya sangka ia telah mati tetapi apabila cuba dekat ia tiba-tiba melompat dan membuatkan saya terkejut,” katanya.

Terkejut dengan kejadian aneh itu, lelaki tersebut kemudiannya merakam video katak itu melompat.



Dia juga memfokus ke bahagian otot-otot leher katak itu yang dilihat masih bergerak seperti bernafas.

Tidak sampai hati dengan keadaan katak itu, lelaki berkenaan mengambil keputusan untuk menamatkan riwayatnya.

Dalam pada itu, menurut seorang profesor sains biologi dari California State University, Prof Emily Taylor, ada kemungkinan seekor katak boleh hidup tanpa otaknya.



“Stem otak mengawal aktiviti dan reaksi untuk organ di bahagian tengah badan seperti degupan jantung, pencernaan dan fungsi lain.

“Jadi, secara teorinya, tubuh dapat bertahan dengan hanya bahagian otak itu, walaupun bahagian otak yang terkait dengan kesedaran, ingatan dan pengambilan keputusan telah hilang,” katanya.

Tambahnya lagi, kemungkinan untuk katak bertahan dan hidup dalam jangka panjang tanpa kepalanya, dianggap kecil kerana ia mungkin tidak dapat makan atau melepaskan diri dari pemangsa.— Agensi 

Lelaki Terkejut Temui Katak ‘Zombie’ Tanpa Kepala




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Takkan saya tak berhak tahu – Najib

Wanita mengaku Nabi, dihukum mati

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker