Dolla ‘pukau’ peminat luar negara

Dolla ‘pukau’ peminat luar negara

Kumpulan muzik, Dolla berkongsi keterujaan mereka apabila mendapat reaksi positif daripada peminat dari luar negara, yang menghargai karya mereka.

Dolla yang dianggotai Tabby, Sabronzo, Angel dan Syasya berkata, ada dalam kalangan peminat mereka dari luar negara berusaha untuk mencari makna lirik lagu mereka untuk memahaminya.



“Ada peminat dari luar negara antaranya Brazil dan ada juga yang menetap di Amerika Syarikat. Bahkan, ada dalam kalangan mereka yang tak faham Bahasa Melayu, tetapi sukakan lagu kami dalam Bahasa Melayu,” kata Sabronzo.

Angel pula berkata, ada peminat antarabangsa mereka, belajar Bahasa Melayu melalui lagu-lagu mereka.

“Ada peminat kami yang belajar Bahasa Melayu dari lagu-lagu kami dan mereka membantu untuk berkongsi makna lirik kami dalam bahasa mereka, kepada rakan-rakan mereka,” katanya.

Terbaharu, Dolla kini hadir dengan single berjudul Damelo, menampilkan Hard Lights.



Video muzik lagu baharu itu akan dilancarkan di YouTube bermula esok.

Menariknya, Damelo menjadi buah tangan pertama Dolla yang menggabungkan tiga bahasa dalam liriknya iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Sepanyol. HM

Dolla ‘pukau’ peminat luar negara

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar padam gambar dengan Syamsul tak tahan kena ‘serang’ netizen

Saya redha diceraikan Rosland



Riena Diana terima mesej lucah, merajuk padam gambar IG

Agong Hafal Lagu Ameng Spring – Netizen Teruja (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker