Netizen Berspekulasi Sebut Isarb Shah Youtuber Yang Ditahan Polis Kerana Mencabul

Kecoh mengenai berita mengejutkan tentang Youtuber terkenal berasal dari kelantan yang  ditahan polis kerana kesalahan mencabul seorang wanita.

FOTO: Harian Metro

Menurut dari laporan Harian Metro,  Youtuber tersebut berusia 22 tahun dan merupakan seorang pengarah dan penerbit drama di saluran Youtube-nya.

Siapa kah Youtuber Tersebut?

Penangkapan ini membuat netizen ingin tahu siapa kah Youtuber yang dimaksudkan. Seperti biasa, netizen terlebih dahulu mengenalpasti siapakah suspek yang ditahan. Hasilnya, di laman media sosial mereka membuat spekulasi bahawa suspek adalah Youtuber muda bernama Isarb Shah. Biar betul?



Sementara itu, netizen mula membanjiri komen di Instagram Youtuber popular Isarb Shah. Rata-rata netizen yakin bahawa pemilik akaun Instagram dengan jumlah pengikut seramai 225 ribu ini adalah individu yang ditahan polis.

 



Walaubagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis, pihak polis tidak mendedahkan identiti suspek dan orang ramai disarankan tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak benar.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, kejadian tersebut berlaku di sebuah inap desa bertempat di Kubang Kerian, kira-kira pada bulan Ogos lepas.

Difahamkan, kejadian itu berlaku sebaik sahaja selesai penggambaran drama Youtuber itu dan mangsa yang merupakan wanita berusia 24 tahun telah tampil membuat laporan polis pada hari Jumaat yang lalu.-Murai



[VIDEO] YouTuber Direman Dua Hari Kes Cabul Pelajar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker