Tesla, Google dan Amazon ke Indonesia, Malaysia?

Tesla akan ke Indonesia.

Amazon akan ke Indonesia.

Google akan ke Indonesia.

Apa yang sudah berlaku?

Kita ada banyak agensi pelaburan.

MITI ada, MIDA ada, InvestKL ada, MDEC ada.

Dahulunya saya sendiri memimpin misi perdagangan dan pelaburan.

Jumpa pemimpin luar negara dan ketua-ketua industri.

Kira-kira 80 syarikat antarabangsa dijemput ke Malaysia pada masa saya.

Sekaligus membuka peluang pekerjaan dan memastikan pekerja berkemahiran tinggi Malaysia sama ada kekal di sini atau yang berada di luar negara, kembali berkhidmat di tanah air kita.

Sejak 2018, kita sudah tidak dengar lagi apa-apa usaha membawa pelaburan masuk.

Elek. Tak ada.

Yang ada hanya penghinaan kata rakyat malas.

Yang kita lihat hanya ketidakstabilan politik.

Yang dirasai hanya kelemahan dasar-dasar kerajaan dengan kesan besar terhadap ekonomi dan rakyat.

Pengurusan negara dan ekonomi perlukan kepimpinan.

Sayang sekali. Malaysia yang dahulunya ketika BN memimpin dilihat sebagai berpotensi dengan pertumbuhan tinggi di rantau Asia dan Asia Tenggara, kini tidak lagi dalam pertimbangan pelaburan.

Tidak lagi dipandang.

Sayang sekali. Sayang sekali.

Oh Malaysia, ke mana kita?

Najib Razak

Elon Musk pintas Bill Gates, jadi individu kedua terkaya dunia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker