Elon Musk pintas Bill Gates, jadi individu kedua terkaya dunia

PENGASAS Tesla, Elon Musk mengalahkan Bill Gates sekali gus menjadi individu kedua terkaya di dunia, menurut senarai jutawan Bloomberg.

Musk, 49, menambah kekayaannya sebanyak AS$7.2 bilion (RM29.4 bilion) pada Isnin berikutan lonjakan saham terbaharu Tesla.

Kekayaan pengasas syarikat teknologi itu kini dianggarkan pada AS$128 bilion (RM523.20 bilion).

Usahawan kelahiran Afrika Selatan itu kini memintas jutawan-jutawan lain termasuk pengasas Facebook Mark Zuckerberg serta Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif LVMH, Bernard Arnault.



Kini, satu-satunya individu yang mendahuluinya ialah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Amazon, Jeff Bezos dengan kekayaan bernilai AS$182 bilion (RM743.93 bilion).

Musk, 49 tahun, menambah kekayaannya sebanyak AS$7.2 bilion (RM29.4 bilion) pada Isnin berikutan lonjatan saham terbaharu Tesla.

Musk, 49 tahun, menambah kekayaannya sebanyak AS$7.2 bilion (RM29.4 bilion) pada Isnin berikutan lonjatan saham terbaharu Tesla.

Sementara itu, penularan wabak COVID-19 telah menambah nilai kekayaan hartawan kerana syarikat teknologi menjadi kegemaran ekoran prestasi kukuh dalam pasaran saham.



Pada 2020, saham Tesla melonjak lebih 500 peratus dan ia kini bernilai lebih AS$500 bilion (RM2043.75 trilion).
Menurut laporan AFP, Musk memiliki sekitar 18 peratus saham dan mengaut keuntungan sebanyak AS$100 bilion (RM408.75 bilion) dalam tempoh tersebut.

Saham Tesla meningkat sejak Pemilihan Presiden Amerika Syarikat yang memilih dasar lebih agresif untuk menangani perubahan iklim.
Lonjakan saham Tesla juga didorong oleh pengumuman bahawa ia didaftarkan dalam indeks S&P 500. Awani

Pendapatan lebih RM500,000 sehari, Ed Sheeran kekal artis Britain terkaya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker