Pendapatan lebih RM500,000 sehari, Ed Sheeran kekal artis Britain terkaya

Share

PENYANYI Ed Sheeran memperoleh pendapatan sebanyak £100,000 (RM535,000) sehari tahun lalu, menjadikannya artis solo ketiga terkaya di dunia di belakang Taylor Swift dan Kanye West.

Akaun yang dikeluarkan pada Rabu menunjukkan syarikatnya, Ed Sheeran Ltd, memperoleh keuntungan kasar £36.4 juta (RM192 juta), atau kira-kira £99,881 (RM529,000) sehari.

Sheeran, 29, yang mempunyai nilai bersih £200 juta (RM1.07 bilion) dan merupakan artis Britain terkaya di bawah usia 30 tahun, memperoleh pendapatan hampir 55 peratus lebih tinggi daripada yang diperoleh pada tahun 2018.

Dia yang juga seorang komposer dan penerbit, memperoleh pendapatan kira-kira £87.6 juta (RM468.7 juta) sejak 2017, dengan rekod akaun menunjukkan dia membayar cukai berjumlah £6.9 juta (RM36.9 juta) pada 2019.

Gelaran artis terkaya dipegang Taylor Swift dan Kanye West, yang masing-masing memperoleh £143 juta (RM765 juta) dan ₤115 juta pound (RM615 juta) pada tahun 2019. Awani

Leave a Reply