Beruntungnya….Lelaki Ini Derma Sperma Pada Wanita Australia, Kini Miliki 23 Anak

Seorang lelaki Vietnam berusia 40 tahun menderma spermanya dan dalam masa setahun miliki 23 orang anak hasil dari sperma yang didermanya kepada wanita Australia.

Berita ini sangat mengejutkan orang ramai, kerana dalam masa setahun saja lelaki ini mampu ‘mengandungkan’ wanita menerusi sperma yang didermakannya.

Satu-Satunya Lelaki Keturunan Vietnam Menderma Sperma Di Australia

Alan Phan merupakan satu-satunya lelaki berketuranan Vietnam yang menderma spermanya di klinik IVF yang dikenali sebagai klinik Number 1 Fertility yang terletak di Melbourne, Australia.



Foto – Next Shark

Alan membuat keputusan untuk menderma sperma, selepas melawati klinik persenyawaan bersama isterinya untuk cuba mendapatkan anak kedua mereka.

Alan menyangkakan dirinya mandul tetapi setelah membuat pemeriksaan yang dirinya tidak mempunyai masalah, kemudian membuat keputusan untuk menderma sperma kepada wanita yang ‘memerlukannya’.

Ramai Wanita Australia Beratur Mahukan Sperma Alan

Foto – Daily Mail

Apa yang menariknya berita dari mulut ke mulut mengenai sperma Alan tersebar dan ramai wanita beratur mahukan sperma dari Alan kerana etnik asia dan peratusan untuk memiliki zuriat sangat tinggi.

Sanggup Jaga Makan Dan Bersenam Semata-Mata Mahu Menderma Sperma Sihat

Foto – Daily Mail

Untuk memastikan sperma yang didermanya sihat, Alan mula menjaga pemakanan dengan mengambil makanan yang menyihatkan tubuh serta mengambil vitamin.



Alan juga mula melakukan senaman secara harian untuk memastikan tubuhnya memiliki stamina yang cukup untuk ‘menderma’ sperma kepada wanita yang menghubunginya untuk dapatkan zuriat.

Terhad Derma Kepada 10 Orang Wanita Sahaja

Foto – Green Lemon

Undang-udang Victoria menghadkan seorang lelaki hanya boleh menderma sperma kepada 10 orang wanita sahaja, tetapi Alan telah melanggar undang-undang tersebut dan kini dalam masa setahun saja dirinya telah memiliki lebih kurang 23 orang anak bersama wanita lain.

Selebihnya Derma Sperma Luar Klinik

Seperti kebanyakan penderma sperma lain apabila mereka mencapai had limit untuk menderma sperma kepada wanita menerusi seks, maka mereka memilih untuk meneruskan ‘perniagaan’ derma sperma di luar klinik dan itulah yang dilakukan oleh Alan.

Foto – Newstrack

Dirinya sedar bahawa telah mencapai had limit tetapi berasa sukar untuk menolak permintaan sesetengah wanita yang inginkan zuriat.



Apalah perasaan isteri Alan agaknya, melihat suami sendiri meniduri wanita lain dengan nama inginkan zuriat? Macam-macam betul manusia sekarang ini. – Wanista

Rujukan: 12,

Bekas pakar sakit puan jadi ‘bapa’ kepada 17 anak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker