Syed Saddiq bidas Presiden PAS
SHAH ALAM – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menempis dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan mereka diasaskan untuk menjadi boneka parti DAP.
Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, sebaliknya Muda diasaskan untuk membina Malaysia maju, bermaruah dan berintegriti disamping membawa politik yang matang.
“Sebab itu apabila saya berkhidmat dulu dalam kabinet, saya memperjuangkan hak negeri pembangkang di Kelantan dan Terengganu untuk dapat peruntukan khas walaupun bawah pentadbiran pembangkang.
“Sebagai Menteri Belia Sukan, pertama kali dalam sejarah Malaysia, kita mengembalikan semula hak penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) kepada negeri Kelantan dengan peruntukan lebih RM200 juta walaupun negeri pembangkang. Itulah politik matang.
Betul ke MUDA ni boneka DAP?
Ok saya jawab persoalan ini sendiri. pic.twitter.com/PGckmUZcro
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) February 19, 2022
“Dalam Muda, kita gunakan prinsip sama. Hormat kawan, hormat lawan. Keutamaan kepada Malaysia, negara tercinta. Jangan hanya kerana kami Muda, kami dilabel sebagai boneka,” katanya menerusi hantaran video di media sosial pada Sabtu.
Beliau mengulas mengenai tindakan Abdul Hadi yang menyifatkan Muda sebagai ciptaan DAP yang bertujuan untuk mengumpan belia Melayu.
Pada masa sama, Syed Saddiq menegaskan, Muda komited untuk belajar dan berkhidmat kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.
Baca Artikel Menarik:
- Najib bidas PH dan PN, pengurusan ekonomi ke laut, hanya tahu ‘gali lubang tutup lubang’
- Pas jangan jadi pak turut – Khairuddin
- Bila Mahathir 2.0 Buka Mulut
- Tak pernah minta Muhyiddin campur tangan kes saya
- PRN Johor: Pembangkang mahu buat ‘come back’? Rakyat sudah taubat
- Remaja Lelaki Ditahan Rogol Kekasih Hingga Hamil
- Tuduhan melampau – Ebit Lew
- Penguasa SPRM dipenjara 3 tahun, 2 sebatan seleweng RM25j
- Tragedi Rayan ‘Berulang’ Di Afghanistan, Doa Malaysia Buat Haidar [VIDEO]
- Zahid Minta Hati-hati Penyebaran Varian Baharu ‘Taksub Kluster Mahkamah’ Selain Dari COVID
- KJ Bakal Jadi Presiden Parti BEBAS ?
- Pembantu speaker DUN dipenjara 30 bulan atas kesalahan mencabul
- Murid enggan ke sekolah bongkar amang seksual guru
- Pengantin baharu, bapa mertua paut tiang Jambatan Pulau Pinang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bukan isteri arwah yang kejar harta tetapi plaintif – Hakim