Lelaki maut dalam kebakaran pejabat

Lelaki maut dalam kebakaran pejabat

BAGAN DATUK: Lelaki maut dalam kebakaran pejabat di jeti nelayan di Jalan Tepi Sungai, Hutan Melintang di sini, hari ini.

Eng Ching Hoe, 43, yang melecur anggota badan disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM).



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang, Zulkafle Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 7.26 pagi sebelum sepasukan anggota diarahkan ke lokasi untuk tindakan lanjut.

Katanya, setibanya anggota di lokasi kejadian mendapati ada kesan peratusan kecil kebakaran struktur pejabat.

“Pemadaman dilakukan oleh orang awam dengan menggunakan gulungan hos air domestik.

“Ada seorang mangsa dalam keadaan melecur di anggota badan serta tidak sedarkan diri dan disahkan sudah meninggal dunia oleh pihak perubatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.



Mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. BH

Lelaki maut dalam kebakaran pejabat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Ajal dijemput ketika sujud solat Dhuha

Valentino Rossi beli nasi goreng di warung



UMNO tak takut saya, tak tahulah – Hamzah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker