KPKT wujudkan ‘war room’ selesai isu projek perumahan sakit

KPKT wujudkan ‘war room’ selesai isu projek perumahan sakit

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mewujudkan ‘war room’ khusus untuk mendepani isu berkaitan perumahan, khususnya membabitkan projek sakit serta kelewatan pemaju menyiapkan projek.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Ismail Abdul Muttalib, berkata pendekatan ini bukan sekadar membabitkan semua projek perumahan di bawah seliaan KPKT seperti PR1MA, Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), malah turut meliputi pemaju swasta.

Beliau berkata, pelan mitigasi melalui ‘war room’ ini adalah proses berfokus bagi menyelesaikan sebarang isu kelewatan projek perumahan supaya ia dapat diselesaikan dengan tangkas, cepat dan terbaik.

“Melaluinya, kita akan melihat semua isu perumahan secara menyeluruh. Apa juga isu berkait perumahan yang menyebabkan ia ‘sakit’, lewat atau terbengkalai secara terbuka dan telus akan diteliti.

“KPKT perlu mencari pendekatan yang lebih fokus serta strategik dan pelan ‘war room’ ini diyakini akan memberi impak positif dalam membela pembeli.

“KPKT bukan hanya memantau rapat kemajuan projek melalui pemerhatian khusus, malah turut meneliti laporan mingguan dan akhir sekali mengeluarkan surat amaran,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas program Back to School peringkat Parlimen Maran membabitkan 4,652 pelajar dari Dewan Undangan Negeri ( DUN) Luit, Chenor dan Kuala Sentul membabitkan keluarga B40 di Dewan Arena Tengku Muda ,di sini.

Mengulas isu kelewatan projek PRIMA, Ismail yang juga Ahli Parlimen Maran berkata, masalah utama dikenal pasti ialah kekangan kewangan dialami PRIMA pada 2017 hingga 2019 yang menyebabkan kelewatan dalam pembayaran.

“Sekiranya kontraktor asal gagal menyiapkan projek mengikut perjanjian, KPKT akan mencari kontraktor penyelamat bagi meneruskan projek demi rakyat.

“Bagaimanapun Pelan Rasionalisasi Projek Prima sudah dilaksanakan pada 2019 dan sehingga kini PRIMA tidak lagi lewat melunaskan bayaran kepada kontraktor,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengakui pandemik antara faktor utama menyebabkan tapak binaan ditutup dan bekalan bahan binaan terganggu dalam tempoh panjang.

Berdasarkan rekod KPKT, beliau berkata, sehingga kini 6,685 pembeli rumah dalam pembinaan mula membuat pembayaran kepada pihak bank.

Bagi peminjam Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) pula, katanya pembeli hanya akan memulakan pembayaran ansuran selepas dua tahun bagi rumah atas tanah dan tiga tahun bagi rumah strata dari tarikh perjanjian, yang sehingga kini membabitkan 1,133 pembeli. BH

KPKT wujudkan ‘war room’ selesai isu projek perumahan sakit


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ajal dijemput ketika sujud solat Dhuha

Valentino Rossi beli nasi goreng di warung

UMNO tak takut saya, tak tahulah – Hamzah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker