PRNJohor: Tiada tangan ghaib – Hasni

PRNJohor: Tiada tangan ghaib – Hasni

Demikian ditegaskan Menteri Besar Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad bahawa tiada mana-mana pihak memaksa beliau untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Sangkalnya, tohmahan sesetengah pihak yang mendakwa terdapat ‘tangan ghaib’ yang menggesa beliau mengadakan PRN adalah tidak benar.

“Tidak ada sesiapa termasuk daripada parti politik yang saya sertai menggesa saya untuk membubarkan Dewan Negeri. Dakwaan yang mengatakan terdapat ‘tangan ghaib’ di sebalik keputusan ini adalah tidak benar.

“Dakwaan mengatakan kluster mahkamah ataupun ahli politik yang kini berdepan dengan tindakan mahkamah menggesa keputusan ini juga adalah tidak benar. Mereka tidak terlibat langsung dalam keputusan ini.

“Saya sebagai Menteri Besar dan rakan-rakan pentadbiran Negeri Johor mengambil keputusan untuk membubarkan Dewan Negeri dibuat atas satu kesedaran bahawa Johor memerlukan satu kepimpinan yang mempunyai komposisi kepelbagaian kaum yang seimbang,” katanya pada Majlis Mesra Muhibbah Sambutan Tahun Baharu Cina di Wisma Tiong Hua, Johor Bahru, hari ini.

Baca artikel berkaitan: Rakyat Johor sayang Hasni – Zahid Hamidi

Hasni berkata, rakyat tentunya menginginkan keputusan PRN yang dapat membawa Negeri Johor ke hadapan dan bukan sebaliknya.

“Saya yakin dan percaya semua rakyat di negeri ini berharap keputusan PRN yang mampu membawa Johor ke hadapan dan bukannya menyebabkan negeri ini hilang potensi untuk menjadi sebuah negeri yang maju.

“Percayalah, hasrat dan harapan saya juga sama. Justeru, saya menyeru kepada semua pemimpin untuk menyahut usaha-usaha ini. Ini penting, kerana sekiranya kita tersilap, ia bakal memberi satu kesan jangka panjang yang tidak akan menguntungkan sesiapa,” katanya. Utv

PRNJohor: Tiada tangan ghaib – Hasni


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ajal dijemput ketika sujud solat Dhuha

Valentino Rossi beli nasi goreng di warung

UMNO tak takut saya, tak tahulah – Hamzah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker