Harga minyak sawit boleh cecah RM6,000 satu tan

Harga minyak sawit boleh cecah RM6,000 satu tan

Harga minyak sawit mentah (MSM) berpotensi mencecah paras RM6,000 satu tan dalam tempoh terdekat disokong asas yang kukuh ketika ini, demikian kata peniaga.

Kontrak niaga hadapan MSM di Bursa Malaysia Derivatives ditutup pada paras tertinggi baharunya semalam pada RM5,667 satu tan bagi kontrak April berikutan berita mengenai pengurangan duti import MSM oleh India kepada lima peratus daripada 7.5 peratus.



Peniaga sawit, David Ng, berkata pengeluaran dan paras stok simpanan rendah akan melonjakkan harga bersama permintaan eksport yang kukuh.

Beliau berkata, harga minyak mentah yang tinggi juga dilihat menyokong harga minyak sawit memandangkan harga tenaga yang tinggi akan diterjemahkan kepada permintaan bahan api bio.

“Kemungkinan harga boleh mencecah RM6,000 satu tan dalam tempoh terdekat memandangkan asas kukuh yang kita lihat pada masa ini,” katanya kepada BH.

Ng juga menjangkakan, harga MSM akan kekal tinggi sehingga April atau Mei apabila pengeluaran bermusim akan bermula.



Sementara itu, Philip Futures dalam nota penyelidikannya berkata, niaga hadapan minyak sawit Malaysia ditutup pada paras rekod tertinggi berikutan jangkaan permintaan tinggi dari India selepas pembeli terkemuka minyak boleh dimakan itu mengurangkan cukai import.

Ia berkata, India mengurangkan cukai import MSM yang dikenali sebagai Ses Infrastruktur dan Pembangunan Pertanian (AIDC) kepada 5.0 peratus daripada 7.5 peratus untuk mengekang harga tempatan dan membantu penapis domestik dan pengguna.

Malah, katanya, konflik antara Russia dan Barat mengenai Ukraine juga mengancam bekalan minyak bunga matahari dari rantau Laut Hitam dan juga memacu rali dalam harga minyak mentah.

Harga minyak mencecah paras tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun berikutan kebimbangan kemungkinan pencerobohan Ukraine oleh Russia boleh mencetuskan sekatan AS dan Eropah yang akan mengganggu eksport dari pengeluar terkemuka dunia.



“Hari ini, sawit berkemungkinan didagangkan lebih tinggi menjejaki kenaikan semalaman dalam harga minyak mentah dan jangkaan permintaan yang lebih tinggi daripada India selepas pengurangan cukai import bagi minyak sawit mentah.

“Walau bagaimanapun, pasaran mungkin kekal berhati-hati sementara menunggu data eksport yang akan datang untuk minyak sawit,” katanya. BH

Harga minyak sawit boleh cecah RM6,000 satu tan


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ajal dijemput ketika sujud solat Dhuha

Valentino Rossi beli nasi goreng di warung



UMNO tak takut saya, tak tahulah – Hamzah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker