Saya belum terima notis daripada BERSATU – Zuraida

Saya belum terima notis daripada BERSATU – Zuraida

Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin mengesahkan tiada menerima notis rasmi daripada kepemimpinan BERSATU berhubung kedudukannya dalam parti itu.

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu memaklumkan baru pulang dari Iran dan belum menerima sebarang perkembangan mengenainya.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku dan sehingga kini, belum terima sebarang notis rasmi daripada parti (BERSATU).

“Saya baru balik dari Iran,” katanya ketika ditanya mengenai kedudukannya dalam BERSATU.

Terdahulu, Zuraida hadir merasmikan Pameran dan Persidangan Industri Getah Antarabangsa 2022 (IRICE 2022) di Hotel One World di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM), Dr Daroyah Alwi; Pengerusi LGM, Lee Chin Cheh; dan Presiden Persatuan Pengeluar Produk Getah Malaysia (MRPMA), Yeaw Kok Kwey.

Sebelum ini, desas-desus menyebut Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) itu akan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) pada April ini.

Tindakan Zuraida keluar parti April depan dikatakan mengambil kira jangkaan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, membentangkan rang undang-undang antilompat parti ketika itu.

Dalam perkembangan lain, Zuraida melihat keputusan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan PBM bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai amalan demokrasi sihat.

“Saya percaya parti itu mahu berkhidmat untuk negara dan sebagai negara demokrasi, kita patut mengalu-alukan mereka,” katanya. BH

Saya belum terima notis daripada BERSATU – Zuraida


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung [VIDEO]

Doktor ‘cabut lari’ selepas pelanggan sukar buka rahang

Sanusi serang UMNO setiap hari

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker