Jamal bakal dapat anak kelima dalam usia 63 tahun

Jamal bakal dapat anak kelima dalam usia 63 tahun

Penyanyi terkenal, Jamal Abdillah bakal menimang cahaya mata kelimanya tidak lama lagi.

Berita baik itu disampaikan sendiri selebriti berusia 63 tahun itu dan menyatakan anaknya itu dijangka dilahirkan pada 22 Februari ini.



Anak yang bakal lahir melalui pembedahan itu merupakan anak ketiga beliau bersama dengan isteri, Zai Izzati Khiruddin yang berusia 27 tahun.

Beliau ditemui selepas majlis pengumuman Imaginex akan menganjurkan persembahan dan makan malam A Night To Remember di sini hari ini.

Konsert berkonsepkan pop night pada 26 Mac ini akan diadakan di Manhattan Ballroom Berjaya Hotel, Kuala Lumpur.

Persembahan istimewa tersebut bakal menampilkan gandingan Jamal dan Zamani Ibrahim serta beberapa pemuzik handalan tanah air antaranya Ritz Metalasia dan Sham Wings.



Ketua Pegawai Eksekutif Imaginex, Amir Shah Daud berkata, berikutan pandemik yang melanda, persembahan tersebut akan diadakan mengikut ketetapan prosedur operasi standard yang telah ditetapkan.

Menurutnya, dewan yang berkapasiti 1500 itu akan hanya memuatkan penonton seramai 600 orang sahaja.

Persembahan makan malam berdurasi dua jam itu menyediakan 100 buah meja dengan harga yang berbeza mengikut kategori VVIP, VIP, Platinum, Premium dan Gold.

Jamal juga bercadang untuk menyanyikan lagu sahabat seperjuangan yang telah meninggal dunia sebagai penghargaan kepada mereka dalam persembahan itu nanti.



Zamani yang sempat menyampaikan sebuah lagu ketika sidang media diadakan hari ini dan menegaskan akan menyanyikan lagu-lagu dari album solonya memandangkan dalam masa terdekat beliau akan mengadakan konsert bersama kumpulan Slam.

Disoal mengenai trend artis tular menyertai program realiti, beliau berpendapat, populariti dan kualiti merupakan dua aspek penting dalam mana-mana program pertandingan hiburan.

“Berbeza dengan zaman saya dahulu yang hanya memandang kepada kualiti tanpa memandang kepada populariti,” ujarnya.

Tiket persembahan makan malam bersama dua artis berkenaan boleh dibeli secara atas talian di www.ilassotickets.com bermula hari ini. MG



Jamal bakal dapat anak kelima dalam usia 63 tahun


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur



Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker