Tujuh lelaki lalok dadah dicekup

Tujuh lelaki lalok dadah dicekup

BALIK PULAU – Tujuh lelaki tempatan diberkas selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penagihan dadah di dua lokasi berasingan di Teluk Kumbar dan Teluk Bahang di sini hari ini.

Kesemua suspek berusia antara 30 hingga 40-an itu diberkas sepasukan anggota dari Balai Polis Teluk Kumbar dan Teluk Bahang semasa menjalankan tugasan Ronda Cegah Jenayah.



Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, seramai enam lelaki yang masing-masing bekerja sebagai juruteknik, pengimpal, pelayan hotel, pemandu bot, nelayan dan tukang sapu itu ditahan di kawasan Teluk Bahang.

“Hasil pemeriksaan ke atas semua suspek terbabit telah menemui dadah disyaki ganja dengan anggaran berat 11.83 gram (g), 1.45g syabu dan peralatan menghisap dadah.

“Seorang lagi tangkapan dilakukan di kawasan Teluk Kumbar bersama rampasan dadah disyaki jenis heroin dengan anggaran berat 0.28g,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kesemua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6, Sek 12 (2) dan Sek 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. K Online



Tujuh lelaki lalok dadah dicekup


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur



Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker