Polis selamatkan 2 beradik berniaga sayur depan bank

Polis selamatkan 2 beradik berniaga sayur depan bank

SUNGAI PETANI – Polis menyelamatkan dua beradik berusia setahun enam bulan dan enam tahun yang ditemui menjual sayur tanpa penjaga di hadapan bank dekat sebuah pusat beli-belah di Jalan Kampung Baru di sini semalam.

Kanak-kanak perempuan dan adik lelakinya itu diselamatkan pada pukul 6.30 petang selepas kisah dua beradik itu tular di laman sosial pada pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abdul Rahman berkata, bertindak atas maklumat orang awam, pihaknya ke lokasi kejadian dan menemui dua beradik terbabit bersama ibu mereka berusia 39 tahun.

Kata Anuar, pihaknya kemudian membawa wanita terbabit dan dua anaknya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda untuk tindakan lanjut.

“Hasil soal siasat, ibu kanak-kanak terbabit memberitahu meninggalkan mereka seketika di hadapan bank tersebut kerana mahu memasukkan sejumlah wang kepada anaknya.

“Wanita itu juga mendakwa bahawa anak-anaknya tidak ditinggalkan dalam tempoh yang lama,” katanya di sini hari ini

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati wanita terbabit yang merupakan ibu tunggal tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hanya menjual sayur demi kelangsungan hidup.

“Ujian urin ke atas wanita itu didapati positif dadah jenis methamphetamine dan tangkapan telah dibuat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya.

Tambahnya, semakan rekod juga mendapati wanita dari Sik dekat sini itu mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

“Dua anaknya diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut,” katanya. K Online

Polis selamatkan 2 beradik berniaga sayur depan bank


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker