‘Mayat berbungkus’ dijumpai di Shah Alam

‘Mayat berbungkus’ dijumpai di Shah Alam

SHAH ALAM – Pihak polis mengesahkan menerima laporan berkenaan penemuan sebuah objek seperti mayat manusia berhampiran sebuah kedai motosikal di Seksyen 27 di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, bagaimanapun selepas diperiksa ‘mayat’ tersebut hanyalah sebuah patung perempuan yang dibungkus dengan plastik.

“Satu bungkusan menyerupai mayat manusia dijumpai di Seksyen 27 pada 8 Februari jam 3 petang oleh petugas Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) Waste Management Sdn Bhd.

“Hasil pemeriksaan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor mendapati bungkusan tersebut hanyalah berisi patung lilin berbentuk perempuan yang dibalut dengan kain selimut dan plastik,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, kejadian tersebut diklasifikasikan sebagai ‘no offence disclosed’ (NOD) berikutan tiada sebarang kesahan jenayah dalam kes tersebut.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung gambar tersebut,” katanya.

Kejadian tersebut turut tular selepas gambar penemuan ‘mayat’ berkenaan dimuat naik oleh beberapa pengguna media sosial. Sinar

‘Mayat berbungkus’ dijumpai di Shah Alam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker