Paracetamol jika diambil kerap tingkat risiko serangan jantung

Paracetamol jika diambil kerap tingkat risiko serangan jantung

Satu kajian terbaharu mendapati bahawa pengambilan pil paracetamol secara kerap akan meningkatkan risiko serangan jantung bagi satu perempat daripada penduduk Britain, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Amaran itu diberikan pakar yang menyatakan bahawa pengambilan pil tersebut dalam jangka masa panjang merisikokan 15 juta penduduk dewasa negara itu yang mengalami tekanan darah tinggi.



Menurut pasukan penyelidik dari Universiti Edinburgh, tindakan mengambil dua tablet pil tahan sakit itu setiap hari meningkatkan risiko serangan jantung atau angin ahmar sebanyak 20 peratus bagi pesakit yang sememangnya menghidap keadaan itu.

Justeru itu, mereka menasihati doktor-doktor agar memberikan dos serendah mungkin kepada pesakit-pesakit untuk mengawal kesakitan.

“Ini tidak berkaitan dengan pengambilan paracetamol dalam jangka masa singkat untuk sakit kepala atau demam. Ia tidak menjadi masalah.

“Sebaliknya, risiko tersebut memberi ancaman kepada individu yang mengambil pil itu secara kerap dalam jangka masa panjang, kebiasaannya untuk sakit kronik,” kata seorang doktor Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) di Scotland, Dr. Iain MacIntyre. K Online



Paracetamol jika diambil kerap tingkat risiko serangan jantung


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur



Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker