Difitnah bangkrap, Abang Sajat tunjuk bukti
PETALING JAYA: Penyanyi dan usahawan sensasi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat tampil mendedahkan dokumen daripada Jabatan Insolvensi Malaysia bagi membuktikan dirinya bukan individu berstatus muflis seperti yang didakwa sebelum ini.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri penyanyi lagu Makhluk Penggoda itu menerusi entri Instagram miliknya.
Menurut Sajat, dia sama sekali tidak akan memaafkan sesiapa yang menabur fitnah terhadap dirinya berhubung dakwaan tersebut.
“Berlambak orang fitnah kata Sajat sudah bankrupt bagai! Siapa kata Sajat dah bankrap semua! Kamu semua hadam lah yang mengata aku bankrap itu!
“Tidak akan aku ampun kan! Sebab dari mulut kamu semua ke mulut, kamu yang mendapat dosa! Amin.
“Walaupun saya dah tinggal di luar negara, Nur Sajat All Kinky masih berstatus orang berada ada okey,” katanya di Instagram.
Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, ruangan komen tersebut dibanjiri pelbagai reaksi warganet berhubung kenyataan yang dikeluarkan usahawan itu.
“Apa lah sangat hartanya ada Sajat. Tidak bankrupt pun akan diambil Allah bila-bila masa sahaja. sekelip mata boleh hilang. Apa pun, semoga kita diberikan petunjuk dan hidayah termasuk awak, Sajat,” komen seorang warganet.
“Sudah lah, jangan kacau dan kecam Sajat. Buat lah hal masing-masing. Tidak perlu nak mengambil tahu hal orang lain,” komen juga pengguna lain.
Terdahulu, Nur Sajat bakal tersenarai dalam kalangan individu muflis di negara ini selepas pemfailan pemiutang dilakukan terhadapnya di Mahkamah Tinggi, pada 22 Oktober tahun lalu.
Difitnah bangkrap, Abang Sajat tunjuk bukti
Baca Artikel Menarik:
- ‘Main belakang’: Mahkamah Rayuan tolak rayuan KJ
- Penceraian Ezurin Khyra tidak dapat diterima peminatnya
- Geng Suami Kelaparan Tunggu Pegang Pinggan, Geng Isteri Ambil Gambar Dulu (Video)
- Ramai bimbang episod beraya di perantauan berulang lagi
- Dividen Tabung Haji 3 peratus?
- Tidak Sangka!!..Wajah Maskulin, Suara ‘Jantan’ Antara Ciri-Ciri Lelaki Sperma Tidak Sihat
- Boleh tahan kebebalan Wan Saiful – Najib
- Individu kesan imej zombi guna Google Maps
- Erin sempat bergelar isteri untuk 2 hari sahaja
- Jaga-Jaga Buat Pesakit Diabetes Yang Perlu Elak 5 Menu Sedap Setiap Sarapan Pagi
- Ketua Pemuda Pas ‘serang’ Zahid
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
SEARCH Tua bangka, tapi tamak haloba – Awie