Azhari Zain dah boleh duduk sekejap, lakukan pergerakan kecil

Azhari Zain dah boleh duduk sekejap, lakukan pergerakan kecil

Keadaan kesihatan pengarah filem, Azhari Zain, 50, yang diserang angin ahmar pada Februari lalu, menunjukkan perkembangan positif apabila dia sudah boleh duduk sekejap.

Isterinya, Wahizatul Nureen Azmi atau mesra disapa Nureen, dihubungi berkata, setakat ini, suami sudah boleh duduk untuk sekejap, selain sedikit pergerakan biasa pada anggota badan, tangan dan kaki.



“Alhamdulillah, setakat ini dia duduk bolehlah sekejap. Perkembangan yang lain, macam biasa pergerakan ada sedikit. Tapi, ialah lima bulan, belum dapat banyak progres lagi. Doktor pun tak dapat bagi jaminan tempoh berapa lama seseorang boleh ‘recover’ dari strok.

“Lagi pun, untuk kes suami saya ini dia mengalami serangan (strok) pada kedua-dua belah bahagian badan. Jadi, perlu masa untuk pulih. Sebab, ada setengah orang cepat, setengah (orang) lagi, lambat nak pulih dan makan masa,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya juga mengenai bantuan perbelanjaan bagi keperluan penjagaan suaminya, Nureen berkata, sehingga kini dia masih bergantung dengan gaji Azhari yang menjadi pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM), termasuk sumbangan daripada keluarga, kenalan dan jiran-jiran terdekat.

“Buat masa ini, tanggungan perbelanjaan untuk suami daripada kewangan sendiri kerana dia juga masih mendapat gaji daripada UiTM sebagai pensyarah. Begitu juga bantuan yang diterima daripada keluarga dan kenalan yang datang menziarah.



“Bantuan daripada pihak lain yang besar ada juga dapat daripada sebuah yayasan badan bukan kerajaan (NGO) dan Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) sebelum ini. Bagaimanapun, kalau ada pihak mahu memberi sumbangan membantu, saya amat berbesar hati dan berterima kasih,” katanya.

Nureen berkata, dia juga mahu mengucapkan berbanyak terima kasih kepada jiran-jirannya yang sudah bersusah-payah membantunya dan keluarga selama ini sebagai ‘orang yang paling dekat’ serta prihatin kepada dugaan menimpa mereka.

Terdahulu, Azhari yang juga pensyarah kanan di Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibenarkan pulang ke rumah di Shah Alam, Selangor, pada 18 April lalu, untuk meneruskan sesi rawatan selepas tiga bulan terlantar di hospital.

Azhari yang memulakan karier seni pada 2004, pernah menjadi penulis dalam banyak projek filem antaranya Tangkai Jering, Potret Mistik, Anak Mami Kembali, Nana Tanjung dan Duyung.



Selain itu, dia juga beraksi di kerusi pengarah untuk filem Jin Notti, termasuk Santau, Zoo, Hantu Dalam Botol Kicap dan Mantra bersama MIG Production (Metrowealth) milik penerbit David Teo. HM

Azhari Zain dah boleh duduk sekejap, lakukan pergerakan kecil


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Pesawat terhempas di Ipoh, jurulatih penerbangan maut [VIDEO]

Kereta BMW plat Singapura langgar kereta anak Sultan Johor [VIDEO]



Resepi Mee Kuah Udang Bikin Mentua Sayang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker