2 warga emas cabul budak perempuan ditahan polis

Polis berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku di tandas surau dan rumah suspek di Bukit Sentosa, Hulu Selangor.

2 warga emas cabul budak perempuan ditahan polis

Polis menahan tok siak dan warga emas kelmarin bagi membantu siasatan kes cabul melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Hulu Selangor.

Timbalan Ketua Polis Hulu Selangor, Mohd Asri Mohd Yunus, berkata pihaknya mengesahkan menerima satu laporan polis berhubung kejadian itu pada 4.53 petang kelmarin.



Katanya, siasatan awal mendapati kejadian terbabit dipercayai berlaku di tandas surau dan rumah suspek di Bukit Sentosa.

“Laporan membabitkan seorang kanak-kanak perempuan dicabul dua lelaki berusia 56 dan 74 tahun.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Hulu Selangor menahan dua lelaki terbabit di dua lokasi berasingan, pada hari sama.

“Kedua-dua suspek masing-masing adalah tok siak dan warga emas,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi, menurut Berita Harian.



Mohd Asri berkata, semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod lampau dan saringan ujian air kencing mereka adalah negatif.

Katanya, dua suspek terbabit direman tujuh hari bermula semalam hingga 10 Mac ini bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Seksyen 15 (a)(i) akta sama,” katanya. FMT

2 warga emas cabul budak perempuan ditahan polis



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama



Fizz Fairuz kena sembur dengan Along

Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker