Hujan lebat berterusan, NADMA arah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Daerah diaktifkan di Sarawak

Hujan lebat berterusan, NADMA arah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Daerah diaktifkan di Sarawak

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengarahkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri (JBPN/Daerah (JBPD) di Sarawak diaktifkan berikutan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) tengah hari tadi.

NADMA dalam kenyataan hari ini meminta agar JPBN dan JPBD meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang mungkin berlaku terutama di kawasan berisiko tinggi.



Selain itu, JPBN dan JPBD perlu memastikan setiap pusat pemindahan dilengkapi dengan keperluan asas serta Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) mempunyai segala aset pengoperasian mencukupi serta berada dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk digunakan, lapor Bernama.

Terdahulu, MetMalaysia memaklumkan hujan berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu bermula 11 hingga 13 Jan.

Berikutan itu, Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) segera mengeluarkan Notis Kesiapsiagaan Operasi Bencana.

Dalam pada itu, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) memaklumkan terdapat pertambahan satu kejadian tanah runtuh di Sarawak menjadikan keseluruhan kejadian tanah runtuh sepanjang tempoh Monsun Timur Laut 2021/2022 di seluruh negara adalah 267.



Jabatan Kerja Raya (JKR) turut melaporkan sehingga hari ini, sebanyak 54 lokasi kejadian cerun runtuh dan tanah runtuh di seluruh negara.

Sementara itu, NADMA memaklumkan sehingga hari ini, operasi pembersihan pascabanjir di Selangor telah mencapai 100% selesai dengan jumlah sisa dibersihkan sebanyak 607.51 tan.

“Secara keseluruhan, sebanyak 83.5% kerja pembersihan telah selesai bagi fasa satu dan 85% bagi fasa dua melibatkan dua negeri iaitu Negeri Sembilan dan Melaka. Jumlah sisa dibersihkan bagi kedua-dua fasa tersebut adalah sebanyak 2,926.13 tan,” menurut kenyataan itu.

Dalam perkembangan sama, NADMA memaklumkan sebanyak 50,224 atau 80.3% Ketua Isi Rumah (KIR) telah menerima bayaran Bantuan Wang Ihsan (BWI) manakala 12,300 KIR masih belum menerima agihan bantuan. FMT



Hujan lebat berterusan, NADMA arah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Daerah diaktifkan di Sarawak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?



Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker