Dua maut, 10 cedera dalam kemalangan di Tawau

Sebaran :

Dua maut, 10 cedera dalam kemalangan di Tawau

TAWAU: Dua maut manakala lagi 10 cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Taman Semarak, di sini, petang tadi.

Kemalangan kira-kira jam 5.30 petang itu membabitkan kenderaan Toyota Land Cruiser, Toyota Hilux dan Proton Saga FLX.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali Nurfaizah, 20, manakala seorang lagi mangsa belum dikenal pasti identitinya, dengan kedua-dua manga menaiki kenderaan Toyota Land Cruiser terbabit.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.46 petang.



“Terdapat tujuh orang mangsa berada di dalam kenderaan Toyota Land Cruiser. Dua individu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan manakala enam lagi cedera.

“Tiga mangsa berada dalam Toyota Hilux dan seorang dalam Proton Saga FLX,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mangsa yang tersepit dikeluarkan pasukan bomba dan mendapat rawatan awal oleh pasukan EMRS.

“Kesemua mangsa yang cedera seterusnya dihantar ke hospital menaiki kenderaan EMRS dan ambulans untuk rawatan lanjut.



“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya sambil menambah perasi ditamatkan pada jam 6.36 petang. FMT

Dua maut, 10 cedera dalam kemalangan di Tawau


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *