Bersatu ulangi sokongan kekal terhadap Ismail Sabri
SHAH ALAM – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan kekal pendirian menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sehingga tamat tempoh seperti mana yang dinyatakan dalam perjanjian.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Senator Datuk Razali Idris berkata, parti itu tidak akan goyah dengan serangan yang mendesak supaya Presiden mereka, Tan Sri Muhyiddin Yassin menarik sokongan terhadap kerajaan sekarang.
“Sebenarnya bukan sahaja Bersatu malah Perikatan Nasional (PN) sedia pertahankan kerajaan Ismail Sabri sehingga ke penghujung seperti mana dalam perjanjian kecuali perjanjian itu dilanggar.
“Sepatutnya, mereka tidak perlu mendesak Muhyiddin untuk tarik sokongan, mereka sendiri boleh buat. UMNO boleh tarik sokongan apa?
“UMNO ada berapa kerusi? Kalau mereka rasa betul-betul tidak bersetuju dengan kerajaan pimpinan Ismail Sabri, mereka tidak perlu memulang paku buah keras kepada orang,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi kenyataan di Facebooknya berkata Bersatu beberapa kali mengugut mahu menarik sokongan kepada kerajaan.
“Depa ini tak henti-henti ugut. Hari itu, presiden-presiden parti. Hari ini, giliran penulis manifesto bukan kitab suci. Butangkan ada?” kata Najib.
Mengulas lanjut, Razali berkata, Najib yang juga sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) boleh sahaja membuat pakatan untuk menarik sokongan terhadap kerajaan sedia ada dan tidak perlu mendesak Bersatu.
“Walaupun didesak atau diugut, ia (tarik sokongan kerajaan) tidak akan berlaku.
“Saya boleh cabar Najib, dia tidak payah minta orang lain, sindir dan sebagainya. Dia sendiri boleh tarik sokongan kerana tidak suka dengan Muhyiddin, tidak boleh berkompromi dengan PN dan tidak boleh bekerjasama dengan kerajaan,” ujarnya.
Bersatu ulangi sokongan kekal terhadap Ismail Sabri
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Nazir bidas Wan Saiful, nyatakan sokong atau tidak
- Suami isteri ditangkap basah
- Muhyiddin yakin PAS tunduk setia guna lambang PN
- TMJ boleh dikenakan tindakan kritik FAM
- Najib jawab Muhyiddin, tak payah putar belit
- Zuraida disingkir dari kumpulan WhatsApp MPT Bersatu
- Gabungan baharu di Johor?
- Rasa bersalah yang amat, akak minta maaf – Ellie Suriaty
- Mia Sara kesal dan mohon maaf
- ‘Wanita’ bersuara jantan rakam video berlatar masjid dikecam netizen
- Isu keluarga, gaduh bukan, berebut pelanggan selebriti – pengusaha gerai pasembor
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali
You must be logged in to post a comment.