PRN Johor: Tiada Faedah Terus Layan Pas – Mohamed Khaled
PRN Johor: Tiada Faedah Terus Layan Pas – Mohamed Khaled
UMNO bersama-sama Barisan Nasional (BN) akan terus mara ke hadapan, dan akan meninggalkan episod pertelingkahan antara parti itu dan Pas, kata Naib Presidennya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Bekas Menteri Besar Johor itu berkata, tiada faedah untuk terus melayan Pas, kerana parti itu secara berterusan melemparkan segala ugutan, tohmahan, dan sanggahan terhadap UMNO.
“Pas terus melemparkan segala ugutan, tohmahan dan sanggahan terhadap UMNO. Tiada faedahnya terus melayan karenah Pas. Pendirian UMNO telah terang lagi bersuluh.
Pada 2 Februari, Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan parti pimpinannya itu tidak akan sekali-kali diperbodohkan dengan ‘politik sempit’ UMNO.
Menerusi catatan Minda Presiden Pas di Facebooknya pada Rabu, Ahli Parlimen Marang itu mendakwa UMNO masih lagi membawa pendekatan ‘asabiyyah’ Melayu yang hanya melibatkan dua parti sahaja dan meminggirkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Malah Abdul Hadi mendakwa UMNO juga meminggirkan masyarakat majmuk melalui pendekatan yang telah gagal melalui BN.
Mengulas mengenai tuduhan itu, Mohamed Khaled berkata, yang akan menentukan kemenangan BN ialah sokongan masyarakat majmuk Johor.
“Yang akan menentukan kemenangan BN ialah sokongan masyarakat pelbagai kaum. Jadi keutamaan mesti diberikan untuk meraih sokongan masyarakat majmuk Johor.
“Rakan-rakan UMNO dalam BN mesti memahami ini. Bahawa kemenangan mereka tidak lagi boleh disandarkan kepada UMNO semata-mata.
“Mereka mesti tampil meyakinkan pengundi bukan Melayu bahawa BN mesti dikembalikan semula sebagai Kerajaan,” katanya lagi.
Meningkatkan sokongan bukan Melayu, kata Mohamed Khaled, mesti menjadi strategi paling penting, berlandaskan formula perkongsian kuasa yang tulen, dan bersama-sama bersama-sama kerajaan untuk memperbaiki sosial, ekonomi, dan politik di negara ini.
“Pertama, kita mesti kembali kepada formula politik berkongsi kuasa dalam semangat perkongsian yang tulen. Bukan hanya melantik seorang dua wakil bukan Melayu dalam Kerajaan sebagai gambaran sebuah kerajaan yang inklusif.
“Kedua, masyarakat bukan Melayu adalah bahagian penting dalam kehidupan sosial, ekonomi dan politik Malaysia. Sampai bila mereka harus mempunyai perwakilan sipi-sipi dalam Kerajaan dan pentadbiran?” soal Mohamed Khaled lagi.
Walaupun BN bukan sempurna, Mohamed Khaled berkata, gabungan itu jauh lebih baik berbanding Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional.-AA
PRN Johor: Tiada Faedah Terus Layan Pas – Mohamed Khaled
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Nazir bidas Wan Saiful, nyatakan sokong atau tidak
- Suami isteri ditangkap basah
- Muhyiddin yakin PAS tunduk setia guna lambang PN
- TMJ boleh dikenakan tindakan kritik FAM
- Najib jawab Muhyiddin, tak payah putar belit
- Zuraida disingkir dari kumpulan WhatsApp MPT Bersatu
- Gabungan baharu di Johor?
- Rasa bersalah yang amat, akak minta maaf – Ellie Suriaty
- Mia Sara kesal dan mohon maaf
- ‘Wanita’ bersuara jantan rakam video berlatar masjid dikecam netizen
- Isu keluarga, gaduh bukan, berebut pelanggan selebriti – pengusaha gerai pasembor
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali
Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]