Perbalahan ‘adik beradik’ PAS, Umno perlu dijernihkan



Seorang pemimpin PAS hari ini menyuarakan harapan agar hubungan “adik beradik” parti itu dengan Umno yang sedikit tegang segera pulih dan kembali jernih.

Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan, berkata ramai pihak yang bersedia untuk meraikan putusnya hubungan PAS dengan Umno yang bertaut selepas puluhan tahun bertelagah.

“Harapan saya begitulah juga. Biarpun panas dan tegang situasi politik mutakhir ekoran berbalas ‘serangan’ antara PAS dan Umno, ia akan segera reda dan hubungan adik beradik ini kembali jernih.

“Saya menzahirkan harapan ini kerana memahami, di sana terdapat pihak yang sedang bersiap sedia untuk merayakan ‘putus hubungan’ antara PAS dan Umno apabila kedua-dua parti ini telah dapat ditautkan kembali setelah puluhan tahun lamanya bertelagah.

“Musuh Islam tentunya sangat gembira melihat terlerainya perpaduan ummah yang dipalu sekian lama. Mereka gembira kerana berjaya memecah-belahkan umat Islam.




“Mereka gembira kerana peluang mereka berkuasa kembali terbuka dengan berlaku perpecahan dari kalangan umat Islam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 27 Jan lalu, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengumpamakan Umno sebagai “itik patah kaki” yang ingin berenang sendirian selepas disembuhkan PAS.

Dia berkata demikian ketika mengulas tindakan Umno memutuskan kerjasama dengan Bersatu serta jalan sukar Muafakat Nasional (MN) yang dirintis selepas pilihan raya umum (PRU) lalu.

“Tapi malangnya, kita bukan nak ajar itik berenang. Kita nak selamatkan itik yang patah kaki. Ada yang patah kaki, pilihan raya umum ke-14.

“Kita selamatkan itik yang patah kaki ini, bukan nak ajar berenang. Dia patah kaki.




“Malangnya bila kakinya dah pulih, dia nak berenang sendiri. Nak tinggal kita. Jadi, itu satu benda yang tidak bermoral dan tak betul,” kata anggota parlimen Marang itu.

Membalas kritikan Hadi, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi Jumaat lalu, menyindir presiden PAS itu sebagai “zoologi”.

Mengulas lanjut, Nasrudin berkata Hadi sendiri pernah menegaskan hubungan kedua-dua parti itu sebagai adik beradik dan tidak boleh “berkahwin”.

“Menarik ungkapan yang mengumpamakan PAS dan Umno sebagai adik beradik. Ia menggambarkan betapa dekatnya kedudukan antara PAS dan Umno di pentas politik tanah air.

“Umumnya memahami bahawa adik beradik, meskipun ada perbalahan diantara mereka namun ia tidaklah serius dan berpanjangan. Tidak akan putus air dicincang antara bidalan yang biasa dirujuk kepada perbalahan adik beradik,” katanya lagi.




Perbalahan ‘adik beradik’ PAS, Umno perlu dijernihkan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali

Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]



Leave a Reply

Your email address will not be published.