100 pelanggan bank desak akaun mereka dikembalikan

100 pelanggan bank desak akaun mereka dikembalikan

Kira-kira 100 pemegang akaun yang berdaftar dengan sebuah bank tempatan hari ini tampil mendesak supaya akaun mereka yang dibekukan bank berkenaan sejak seminggu lalu dikembalikan.

Jurucakap kumpulan itu, Mohd Aimullah Mohd Zain, 26 menyifatkan pembekuan ke atas akaun itu tidak wajar dilakukan dan menjejaskan banyak urusan kewangan harian mereka.



Katanya, tindakan bank berkenaan terus membeku akaun tanpa sebarang notis dan penjelasan munasabah juga tidak bertanggungjawab, apatah lagi mereka mengakui ia dibuat ekoran kesilapan sendiri.

“Contohnya macam kes saya, pada 25 Januari lalu, berlaku pembekuan akaun dan saya tidak dapat keluarkan walaupun RM10. Saya ada hubungi pihak bank dan mereka memaklumkan ia kesalahan mereka disebabkan sistem ‘duplicate’ dan sebagainya.

“Mereka tak boleh beku akaun saya tanpa notis dan lebih sedih, mereka pula kata kami yang berhutang dengan mereka,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Terdahulu beliau bersama yang lain menghantar memorandum kepada Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan bagi meminta badan bukan kerajaan (NGO) itu mengambil tindakan sewajarnya terhadap bank terbabit, memandangkan ini sudah menjejaskan ribuan pengguna.



Mengulas lanjut, Mohd Aimullah berkata, sejak minggu lalu juga, beliau dan kawan-kawannya sudah mengumpul lebih 3,000 aduan yang diterima terus dari mangsa.

“Saya rasa jumlah sebenarnya lagi tinggi dan setakat pengetahuan kami, ada lebih 11,000 pengguna. Ada yang kerugian ratusan ribu, malah jutaan ringgit pun ada. Bagi aduan yang saya terima, nilai tertinggi kerugian adalah RM7 juta.

“Sebab itu hari ini, kita buat sidang media supaya pengguna akaun lain yang masih dibekukan, tampil mendesak supaya akaun mereka dikembalikan semula. Sejak seminggu lalu, kita kumpulkan aduan menerusi ‘google form’ dan media sosial, saya tak cukup tangan dan jumlahnya sangat ramai,” katanya.

Kelmarin, media melaporkan, Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan kesilapan dilakukan bank tempatan, baru-baru ini, yang menyebabkan ratusan akaun dibekukan dan pemegangnya berhutang disebabkan oleh ‘jumlah berlebihan’ dikreditkan pihak bank ke dalam akaun pelanggan.



Dalam maklum balas melalui e-mel kepada portal media itu, bank pusat itu berkata, bank kini cuba mendapatkan semula jumlah lebihan dikreditkan kepada pelanggan mereka itu.

Seorang lagi pemegang akaun bank berkenaan, Muhammad Fais Abd Razak, 33, memaklumkan baki lebih RM142,000 dalam akaunnya dibekukan sejak seminggu lalu.

“Hari ini bank berkenaan ada hubungi kami memaklumkan masalah kesilapan yang berlaku di pihak mereka. Tindakan ini tak patut dibuat secara tiba-tiba tanpa sebarang notis kepada kami.

“Saya hanya dapat SMS dari pihak bank maklumkan ada masalah kepada akaun. Kemudian saya cuba lakukan transaksi dan pengeluaran, memang sudah tak boleh. Saya tak boleh buat pengeluaran untuk kegunaan harian saya,” katanya.



Seorang lagi pengguna, Hisham Abdul Hadi, 43, pula berkata, akaun syarikatnya kerugian lebih RM150,000 selepas dibekukan bank berkenaan.

“Saya rasa kalau dikumpulkan keseluruhan akaun yang dibekukan ini, nilainya mungkin melebihi RM220 juta malah boleh mencecah bilion ringgit. Saya minta supaya bank berkenaan menarik balik pembekuan ini,” katanya.

Sementara itu, perbualan BH dengan beberapa mangsa lagi yang ditemui tidak menolak kemungkinan pembekuan oleh bank berkenaan, mungkin berkaitan skim pelaburan yang mereka sertai termasuk Kripto, Bitcoin serta Forex.

Dalam pada itu, sebuah laman Telegram diwujudkan kumpulan berkenaan bagi mengumpulkan aduan daripada individu-individu yang terjejas dengan pembekuan akaun ini. BH



100 pelanggan bank desak akaun mereka dikembalikan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali



Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker