Kerajaan dijangka perketat semula SOP Covid-19

SHAH ALAM – Kerajaan dijangka akan memperketatkan semula prosedur operasi standard (SOP) sekiranya kes melibatkan penularan pandemik Covid-19 semakin meningkat dari masa ke semasa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu pada Sabtu adalah 9,117 kes yang merupakan rekod tertinggi dalam tempoh tiga bulan.

Menurutnya, ia sekaligus menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,904,131 kes.



Peningkatan jumlah angka kes tersebut mencetuskan kebimbangan rakyat di negara ini.

Tambahan pula, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi ciapan Twitter pada Sabtu berkata, kes baharu Covid-19 berkemungkinan akan meningkat mendadak dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Ujarnya, jangkaan itu berdasarkan kadar jangkitan yang tinggi daripada gelombang varian Omicron pada ketika ini.

Sementara itu, sektor yang diberi penekanan berhubung kes lonjakan baharu Covid-19 itu sudah pasti melibatkan sektor pendidikan yang mana antara punca yang menyumbang kepada peningkatan Covid-19.



Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan pelajar daripada bukan kelas peperiksaan yang pulang bercuti sempena Tahun Baharu Cina tidak dibenarkan untuk kembali ke asrama.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin berkata, mereka sebaliknya perlu mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Menurutnya, keputusan tersebut dibuat bertujuan mengawal jangkitan Covid-19 serta melindungi calon pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Selain daripada sektor pendidikan, kerajaan berkemungkinan akan memperkenalkan SOP khusus bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal diadakan tidak lama lagi.



Meskipun pada ketika ini, setiap parti dalam peringkat menyediakan senarai calon yang bakal bersaing dalam PRN Johor kali ini, namun tidak mustahil bagi kerajaan untuk memperketatkan pematuhan SOP sedia ada supaya dapat mengawal penularan pandemik Covid-19 di negeri berkenaan.

Kerajaan dijangka perketat SOP jika kes Covid-19 melonjak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali

Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri



Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker