Gaji minimum RM1,500 dilaksana akhir tahun – Saravanan

Gaji minimum RM1,500 dilaksana akhir tahun – Saravanan

Kadar gaji minimum baharu sekitar RM1,500 sebulan dijangka dilaksanakan sebelum hujung tahun ini, kata Menteri Sumber Manusia, M Saravanan.

Katanya, walaupun nilai sebenar kadar baharu itu belum dimuktamadkan, beliau positif perkara itu boleh direalisasikan selepas mendapat persetujuan Jemaah Menteri.



Menurutnya, secara peribadi beliau merasakan kadar gaji minimum baharu itu perlu diselesaikan secepat mungkin, namun ia tetap bergantung kepada keputusan Jemaah Menteri.

“Kajian yang dilakukan juga sudah selesai. Kita sudah ada angka gaji minimum untuk dibawa sebagai cadangan dan akan diumumkan selepas dipersetujui Jemaah Menteri.

“Secara peribadi juga saya merasakan, gaji minimum sedia ada perlu dinaikkan walaupun ada pekerja swasta diberikan kadar lebih tinggi dari paras itu tetapi dalam kerajaan masih ada.

“Saya tidak boleh nyatakan lagi kadar gaji minimum yang dicadangkan Kementerian Sumber Manusia tetapi ia berada di paras sekitar RM1,500 ke bawah,” katanya menurut laporan Berita Harian.



Kali terakhir gaji minimum dinaikkan adalah pada 1 Feb 2020, dengan kenaikan RM100 daripada RM1,100 ke RM1,200 sebulan, ketika pembentangan Bajet 2020.

Katanya, walaupun kerajaan tidak menaikkan kadar gaji minimum selama beberapa tahun, ada majikan khususnya swasta mengambil inisiatif memberikan kadar lebih tinggi.

“Malah, ada yang memberi gaji minimum tetapi turut memberi beberapa inisiatif lain seperti tempat tinggal serta kebajikan yang lebih terjaga,” katanya.
FMT

Gaji minimum RM1,500 dilaksana akhir tahun – Saravanan




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali



Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker