Gagal diselamatkan! Rayan disahkan sudah meninggal dunia

BER BERRED – Rayan Awram yang terperangkap lebih 70 jam dalam lubang perigi sempit sedalam 32 meter (m) disahkan meninggal dunia hari ini.

Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun itu ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa ketika pasukan penyelamat menemuinya dalam keadaan mengiring.

Pihak berkuasa Maghribi mengumumkan kematiannya sebelum jam 10 malam (waktu tempatan) sejurus anggota penyelamat berjaya mengeluarkan jasad kanak-kanak malang itu dari lubang perigi berkenaan.

Rayan Awram yang terperangkap lebih 70 jam dalam lubang perigi sempit sedalam 32 meter (m) disahkan meninggal dunia hari ini.
Koresponden AP melaporkan, jasad Rayan dibalut dengan selimut kuning ketika dia dibawa keluar dari terowong yang digali pasukan penyelamat.

Rakaman di media sosial selepas mayatnya ditemui memaparkan wajah sedih dan sugul ratusan anggota penyelamat sambil orang ramai berzikir.

Ibu bapa kanak-kanak itu turut dilihat menuruni cerun digali pasukan penyelamat sebelum kembali ke permukaan dan menaiki ambulans sehingga menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai yang menantikan perkembangan operasi berkenaan.

Kematian Rayan disahkan susulan kenyataan dikeluarkan pihak Raja Maghribi, Raja Mohammed VI yang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Sementara itu, Naib Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed Rashid turut mengucapkan takziah kepada keluarga kanak-kanak terbabit.

Rayan terperangkap selepas terjatuh ke dalam lubang perigi berhampiran rumah keluarganya di perkampungan Ighrane di wilayah Chefchaouen sejak Selasa lalu.

Insiden itu mencetuskan operasi besar-besaran namun dibuat secara berhati-hati susulan risiko runtuhan dalam lubang berkenaan. – Agensi

Rayan disahkan sudah meninggal dunia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali

Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker