Lelaki dikelar akibat cinta tiga segi

Lelaki dikelar akibat cinta tiga segi

BUTTERWORTH – Gara-gara cinta tiga segi, seorang lelaki tempatan dikelar ketika sedang minum di sebuah restoran di Lorong Teras Jaya di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 10.40 malam, mangsa berusia 40-an itu dikatakan sedang minum sebelum tiba-tiba diserang suspek.

Difahamkan, suspek bertindak mengelar leher lelaki tersebut dan kedua-dua mereka berada dalam keadaan mabuk.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad berkata, hasil siasatan mendapati kedua-dua lelaki itu bergaduh berebut seorang wanita yang merupakan pekerja restoran itu.

Jelas beliau, mangsa yang dikelar itu merupakan teman lelaki wanita berkenaan dan suspek tidak berpuas hati dengan hubungan pasangan tersebut.

“Suspek marah cintanya terhadap wanita berusia 41 tahun itu ditolak menyebabkan dia bertindak menyerang mangsa,” katanya.

Difahamkan, wanita berkenaan berstatus janda dan mempunyai empat orang anak.

“Siasatan berhubung kes ini masih dijalankan dan usaha mengesan suspek giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Tambah Mohd Radzi, mangsa kini dilaporkan stabil, namun masih menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya. MG

Lelaki dikelar akibat cinta tiga segi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali

Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker