Scammer tawar harga murah tidak masuk akal
SHAH ALAM – Saban hari ramai yang menjadi mangsa penipuan atau scammer terutama dalam urusan jual beli komputer dan telefon pintar dalam talian walaupun pelbagai usaha advokasi serta amaran diberikan oleh pihak berkuasa.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Mahidisham Ishak berkata, modus operandi penjenayah berkenaan adalah dengan menawarkan harga murah yang tidak masuk akal.
“Cara dia cari mangsa adalah dengan tawarkan harga murah, tak ada benda lain. Kebanyakannya di platform media sosial.
“Scammer ini senang sangat cari makan, hanya perlu tukar produk sahaja. Kalau tak beli telefon, beli laptop kalau tak laptop beli beg berjenama,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.
Menurutnya, orang awam perlu bijak membandingkan harga pasaran runcit sesuatu produk dan mengabaikan terus jika menerima tawaran dengan harga yang tidak masuk akal.
“Kita kena ada konsep supply dan demand di mana scammer ini akan tawar macam-macam produk jadi kalau kita bijak dan tak layan tak akan jadi apa-apa pun,” katanya.
Menurutnya, orang ramai boleh menyemak nombor akaun bank dan nombor telefon yang diberikan oleh penjual dalam talian menerusi aplikasi Semak Mule CCID sebelum membuat sebarang transaksi.
“Kita ada Semak Mule CCID yang boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store dengan sangat mudah boleh semak nombor akaun sebelum buat pembayaran.
“Kalau dah tulis di situ nombor akaun yang kita nak berurusan itu sedang disiasat tak payahlah nak masuk duit lagi,” katanya.
Selain itu, Mohd Mahidisham berkata, PDRM juga telah menumbuhkan pusat panggilan setempat ‘CCID Scam Response Center’ yang boleh dihubungi melalui talian 03-26101559 dan 03-26101599 setiap hari untuk sebarang pertanyaan atau bantuan membabitkan semua jenis penipuan.
Baca Artikel Menarik:
- Fatin penyelam komersial yang ‘rare’, pendapatan lumayan
- Bapa bonceng jenazah anak 70 KM, tak mampu bayar ambulans
- Perogol tertangkap selepas pesan kebab
- Tiada istilah payung emas, ia hadis palsu
- Anak Shuib jawab mengenai ibu tiri
- Fakta Perceraian Siti Saleha dan Ahmad Lutfi
- Lelaki ditahan rogol adik kandung
- Digelar itik patah kaki? PAS boleh ‘pergi lebih jauh’ – Azan
- Bagaimana TMJ boleh tahu cerita dalam kelambu?
- Sekolah Cina tolak 1,208 guru BM KPM, diganti calon ‘walk in’?
- Ini sebab mengapa Anwar elak menggunakan logo PH dalam PRN Johor
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.