Keputusan pelaksanaan had laju 30 km/j dan 50km/j di ibu negara diumum nanti

Keputusan pelaksanaan had laju 30 km/j dan 50km/j di ibu negara diumum nanti

Keputusan untuk melaksanakan had laju 30 dan 50 km/j di kawasan terpilih di ibu negara akan diumumkan dalam masa terdekat, dengan mengambil kira pandangan semua pihak, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Shahidan Kassim.

Beliau berkata ketika ini kementeriannya sedang mengambil kira pelbagai pandangan daripada pihak berkepentingan agar matlamat menjadikan jalan di sekitar ibu negara sebagai kawasan selamat tercapai.



“Kita akan umum dalam masa terdekat (had laju maksimum di dalam bandar). Bila kajian dibuat, ada kebaikan dan keburukan jadi perkara ini kita akan umum dalam masa terdekat… sebab apa yang kita buat ada orang setuju, ada yang tidak setuju.

“(Jadi) kita melihat kepada kesesuaian dan penerimaan semua pihak, yang penting matlamat kita adalah untuk capai matlamat tersebut (bandar selamat),” katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan, di sini.

Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Suret Singh pada 8 Jan melalui Twitternya, memaklumkan institut itu dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan bekerjasama bagi melaksanakan had laju 30km/j di zon terpilih di ibu negara dan 50km/j bagi zon lain.

Pada Mei 2021, MIROS mencadangkan had laju 30 km/j bagi kawasan perumahan, bandar dan kampung sebagai sebahagian daripada perancangan keselamatan jalan raya kebangsaan untuk 2021 hingga 2030.



Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim hari ini melancarkan Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan di Pavilion, Kuala Lumpur.
Cadangan had laju itu juga sebahagian daripada kempen ‘Street for Life’ di bawah Minggu Keselamatan Jalan Raya Global PBB ke-6 (UNGRSW) yang menyasarkan pemerkasaan komuniti di Asia Tenggara untuk melaksanakan had 30 km/j di kawasan yang menyaksikan pejalan kaki bercampur dengan trafik.

Ketika ditanya perkembangan bayaran bonus kepada pemain Kuala Lumpur City (KL City) FC selepas dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia pada Nov lalu, Shahidan berkata, ia akan dilunaskan dalam tempoh terdekat.

“Ya, kita sudah janji sebelum ini cuma tidak disampaikan lagi…kita akan bagi bonus selepas ini. Kita akan pastikan bonus diberikan kepada pemain (KL City),” katanya.

Sehari sebelum aksi final Piala Malaysia pada 30 Nov tahun lalu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) Khalid Abd Samad memberi jaminan bahawa pemain KL City akan menerima bonus khas sekiranya berjaya menjulang piala berprestij itu apabila bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT).



KL City berjaya membuat kejutan dengan membenam JDT 2-0 sekaligus menamatkan kemarau 32 tahun, selepas kali terakhir muncul juara Piala Malaysia pada 1989. FMT

Keputusan pelaksanaan had laju 30 km/j dan 50km/j di ibu negara diumum nanti


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Shahrol Shiro bakal ambil tindakan undang-undang

Jong-un dirakam berjalan tempang [VIDEO]



Pakar tangkap ular kritikal dipatuk tedung selar [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker