Jangan ugut, tekan butang – Najib

Jangan ugut, tekan butang – Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) agar ‘tekan butang’ sekarang supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan pimpinannya jatuh.

Mantan Perdana Menteri itu menegaskan, Bersatu tidak perlu hendak mengugut atau menakut-nakutkan Ismail Sabri, sebaliknya terus sahaja menarik sokongan itu.



“Depa ini tak henti-henti ugut. Hari itu, presiden-presiden parti. Hari ini, giliran penulis manifesto bukan kitab suci.

“Butang kan ada?,” tulis beliau dalam Facebooknya, hari ini.

Semalam, Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan mengingatkan Ismail Sabri bahawa sokongan terhadapnya adalah bersyarat dan akan bawa isu itu dalam majlis ceramah pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Kata beliau, Bersatu yang mencalonkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri, bukannya UMNO.



Sebelum ini, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Bersatu mengugut untuk menekan butang dengan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri Johor pimpinan Umno.

Bagaimanapun, ia tidak berlaku sehinggalah pembubaran DUN Johor hujung bulan lalu. MG

Jangan ugut, tekan butang – Najib


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Shahrol Shiro bakal ambil tindakan undang-undang

Jong-un dirakam berjalan tempang [VIDEO]



Pakar tangkap ular kritikal dipatuk tedung selar [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker