KJ mahu 80 peratus kanak-kanak terima dos pertama dalam 6 bulan

Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan 80 peratus daripada kanak-kanak berumur 7 hingga bawah 12 tahun dan 60 peratus kanak-kanak berumur 6 tahun menerima dos pertama dalam tempoh enam bulan melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan kanak-kanak (PICKids).

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, KKM juga menyasarkan 60 peratus kanak-kanak berusia 5 tahun menerima dos pertama dalam tempoh 12 bulan.

“KKM juga menyasarkan sebanyak 80 peratus kanak-kanak berusia 5 hingga bawah 12 tahun akan melengkapkan dos kedua selepas lapan minggu menerima dos pertama.



“Setakat ini juga, belum ada apa-apa syor daripada pasukan pakar berkenaan dos penggalak kepada golongan kanak-kanak,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pelancaran PICKids di Hospital Tunku Azizah, di sini hari ini.

Khairy Jamaluddin berkata, bekalan vaksinasi bagi program itu juga adalah mencukupi dan KKM akan meneruskan usaha bagi membina keyakinan kepada ibu bapa bagi mendaftar vaksinasi untuk anak-anak mereka.

“Bagi pemberian vaksin terhadap kanak-kanak di kawasan pedalaman pula, KKM akan menggunakan rangkaian klinik-klinik kerajaan serta sekolah-sekolah yang akan dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seperti PICK bagi remaja bawah 18 tahun,” ujarnya. – K! ONLINE

KJ mahu 80 peratus kanak-kanak terima dos pertama dalam 6 bulan




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Norjuma Habib bakal dikeluarkan waran tangkap



Bila kita tekan butang, dia marah

‘Kalau kena dengan TMJ senyap pula…’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker