PRNJohor: Tiada kawasan selamat buat DAP

PRNJohor: Tiada kawasan selamat buat DAP

Tiada kawasan yang dianggap selamat buat DAP dalam Pilihan Raya Negeri Johor dan banyak kerusi juga dilihat sebagai berisiko.

Pengerusi Jawatankuasa Persiapan Pilihan Raya DAP Johor, Teo Nie Ching berkata, susulan pilihan raya negeri di Melaka dan Sarawak sebelum ini, DAP hanya mempunyai empat hingga enam kerusi di Johor yang dianggap lebih selamat manakala bakinya adalah berisiko.

Nie Ching yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata, DAP perlu berhati-hati dalam merangka strategi pilihan raya.

Beliau dipetik Sinchew Daily sebagai berkata, salah satu strategi yang dipertimbangkan adalah menghantar pemimpin pusat yang popular untuk bertanding di Johor.

Dalam pada itu, Nie Ching juga berkata, sekiranya Pakatan Harapan (PH) mahu bekerjasama dengan MUDA, maka ketiga-tiga parti dalam PH perlu memberi laluan kepada MUDA untuk bertanding.

Sementara itu, berbanding DAP yang mempertimbangkan untuk mencalonkan pemimpin pusat yang popular di Johor, MCA pula dilaporkan cenderung meletak calon yang muda, profesional dan berbakat untuk menawan hati pengundi.

Jurucakap MCA, Saw Yee Fung memberitahu Kwong Wah Yit Poh, walaupun perletakan calon adalah kuasa presiden, tetapi beliau boleh menjangkakan bahawa calon muda akan diletakkan untuk memberi imej yang segar kepada pengundi.

Ditanya mengenai ‘kerusi panas’, Yee Fung berkata, masih terlalu awal untuk membincangkan perkara itu kerana Barisan Nasional (BN) sedang membincangkan soal pengagihan kerusi.

Beliau berkata, adalah kelihatan bahawa kaum Cina sedang muak dan kecewa dengan politik.

Katanta, MCA justeru akan menekankan kepentingan pragmatik dalam pembangunan negara selain membidas “cakap kosong” dalam politik.
Menurutnya, perubahan kerajaan sebelum ini telah menyedarkan pengundi Cina bahawa kerajaan baharu yang disokong mereka tidak dapat memenuhi jangkaan rakyat, malahan mengecewakan rakyat. MG

PRNJohor: Tiada kawasan selamat buat DAP


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Norjuma Habib bakal dikeluarkan waran tangkap

Bila kita tekan butang, dia marah

‘Kalau kena dengan TMJ senyap pula…’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker