Dikata ‘GEDIK’ Nak Berlakon, Pelakon Veteran Norlia Ghani Anggap Pelakon Wanita Itu Kurang Ajar

Dikata ‘GEDIK’ Nak Berlakon, Pelakon Veteran Norlia Ghani Anggap Pelakon Wanita Itu Kurang Ajar

“Saya anggap dia kurang ajar. Ibu bapa dia tak ajar hormatkan orang tua. Dah katanya, kita tua dan saya tak marah pun sebab umur sekarang sudah 73 tahun. Tapi dia kata, ‘gedik’ kenapa?

“Saya ada ganggu dia ke, suami atau anak dia ke? Kenapa tiba-tiba kata ‘gedik’ dan orang tua macam saya pula dipilih. Pada hal, ada orang lain yang ‘gedik’ dan lebih daripada ‘gedik’ pun ada. Tapi, kenapa tak cakap macam itu?,”

Demikian kata pelakon veteran berkaliber Norlia Ghani, berhubung dirinya yang dikata masih ‘gedik’ nak tawaran berlakon walau dah tua oleh seorang pelakon wanita yang bertudung labuh.

Norlia yang enggan mendedahkan identiti wanita itu berkata dia tidak mahu panjangkan cerita dan kemudiannya menjadi ‘viral’ (tular). Katanya, pada usia warga emas kini tidak sesuai untuknya terkait dengan isu sehingga viral di media sosial.

“Apapun, bila kita dengar perkataan ‘gedik’ itu, dalam bahasa kasarnya gatal. Kalau kata saya gatal itu pasal apa, saya ada ganggu suami dia ke? Saya sebenarnya malas nak layan perkara-perkara macam ini.

Norlia berkata dia masih lagi gigih ‘shooting’ drama kerana ada rezeki. Ujarnya, dia bersyukur kepada Allah kerana masih memberinya rezeki dan dia jadi bersemangat sebab mampu berlakon lagi.

Ditanya juga dari mana dia tahu mengenai tohmahan terhadap dirinya itu, Norlia berkata benda dikongsi di media sosial. Tapi, tak apalah memang tak mahu melayannya dan panjangkan lagi cerita.

“Lainlah kalau cakap berdepan dengan kita, tahulah nasib dia. Kalau dia kata depan saya ‘gedik’, paling-paling penampar yang dia dapat,” katanya.

Norlia yang sangat popular dengan watak Joyah menerusi drama popular Opah yang disiarkan RTM pada 1980-an berkata, dia hanya mahukan ketenangan dalam kelangsungan hidup di usia emas sekarang.-HM

Dikata ‘GEDIK’ Nak Berlakon, Pelakon Veteran Norlia Ghani Anggap Pelakon Wanita Itu Kurang Ajar

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Norjuma Habib bakal dikeluarkan waran tangkap

Bila kita tekan butang, dia marah

‘Kalau kena dengan TMJ senyap pula…’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker