PAS pengkhianat sebenar bertunang dengan 2 parti

PAS pengkhianat sebenar bertunang dengan 2 parti

PAS perlu bermuhasabah kerana pihak sebenarnya mengkhianati Muafakat Nasional adalah pemimpin mereka apabila mendaftar Perikatan Nasional dengan Bersatu, parti pengkhianat mandat rakyat dan pelompat parti yang mengkhianati Umno.

Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil, berkata pendaftaran PN berlaku hanya beberapa bulan selepas PAS menandatangani piagam MN dengan Umno.

“Tindakan mereka (PAS) ini dilihat sebagai percubaan untuk paksa Umno terima PPBM (Bersatu) dan masuk PN jika Umno mahu bekerjasama dengan PAS, sebab itu mereka tergesa-gesa daftar PN hanya beberapa bulan selepas ‘Langkah Sheraton’ di mana beberapa pemimpin PAS dilantik Muhyiddin (Yassin) menjadi menteri, walaupun mereka tentunya tahu bahawa akar umbi Umno tidak boleh terima PPBM dan pengkhianat-pengkhianat Umno yang telah lompat parti ke PPBM.

“Semalam seorang pemimpin PAS dengan tidak semena-mena telah memanggil Umno pengkhianat. Ini selepas Presiden mereka telah panggil Umno binatang yang patah kaki beberapa hari lalu.

“Saya lihat pemimpin-pemimpin PAS ini sudah keliru dan bercelaru kepala. Mungkin mereka ‘koyak’ dan rasa bersalah ataupun mungkin mereka berada dalam sindrom penafian sebab di dalam hati mereka, mereka tentunya tahu pengkhianat sebenar adalah pelompat parti yang ramai dalam PPBM, parti yang pemimpin-pemimpin PAS ini hendak sangat pertahan dan bersekedudukan itu,” katanya dalam kenyataan.

Isham turut mempertikai tindakan PAS pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka sebelum ini yang menuntut banyak kerusi walaupun sebelum itu mereka tidak menang satu kerusi pun.

“Apabila mereka tolak kerusi yang kita tawarkan kedengaran khabar-khabaran yang beberapa pemimpin PAS ingin ‘ajar’ Umno di Melaka. Kini mereka ingin ‘ajar’ kita di Johor pula. Adakah ini semangat muafakat yang PAS bawa?,” soal Isham.

Beliau berkata, ibarat seperti orang yang sudah bertunang, apabila yang bertunang tiba-tiba bertunang pula dengan orang lain, maka orang yang bertunang dengan orang lain itulah yang sebenarnya pengkhianat.

“Apabila ini berlaku, pertunangan pertama itu secara automatik terbatal. Lebih-lebih lagi apabila orang itu bertunang pula dengan pengkhianat yang telah mengkhianati kita, maka berlakulah pertunangan antara dua pengkhianat.

“Saya harap mereka (pemimpin PAS) sedar akan hal ini dan tidak beretorik lagi sebab rakyat bukannya bodoh, mereka boleh nampak taktik-taktik politik seperti ini dan ulama sebenar tidak melabel-label orang lain dan memanggil orang lain dengan nama binatang. Usahlah cemarkan nama ulama,” katanya sambil menyeru PAS kembali ke pangkal jalan jika sudah tersilap langkah.

Ketua Penerangan PAS, Khairil Nizam Khirudin ketika sesi dialog bersama Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan berkata bahawa siri “pengkhianatan” oleh Umno bukan dicetuskan parti itu secara keseluruhan, tetapi oleh puak tertentu di dalamnya.

Khairil Nizam berkata, kesabaran partinya dalam mendepani kerenah Umno ada batasnya.

“Ada segelintir pemimpin Umno nak bertindak keterlaluan dengan pelbagai yang berlaku, seperti di pembubaran DUN di Melaka, begitu juga (rampasan kuasa) di Perak. Sekarang ini berlaku di Johor.

“Jadi kita tak boleh letakkan Umno secara keseluruhan dalam satu bakul. Ada kluster-kluster tertentu. Penghormatan PAS kepada Umno adalah terhadap kluster yang mahukan penyatuan ummah dan yang fokus untuk Malaysia kembali kepada tempatnya selepas berdepan dengan Covid-19,” katanya. FMT

PAS pengkhianat sebenar bertunang dengan 2 parti


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Norjuma Habib bakal dikeluarkan waran tangkap

Bila kita tekan butang, dia marah

‘Kalau kena dengan TMJ senyap pula…’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker